• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera AS Kekal Di Singapura Untuk 15 Tahun Lagi

oleh
24/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Amerika Syarikat (AS) melanjutkan penggunaan kemudahan ketenteraan di Singapura selama 15 tahun lagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pertahanan (Mindef) republik itu berkata, ini berikutan penandatanganan Protokol Pindaan kepada Memorandum Persefahaman 1990 (1990 MOU) Mengenai Penggunaan Kemudahan Pertahanan oleh Amerika Syarikat di Singapura (2019 AMOU).

MOU 2019 memperbaharui MOU 1990 dengan memanjangkannya selama 15 tahun lagi, katanya.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani untuk negara masing-masing.

Lee berada di New York dari 21 hingga 28 September untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mindef berkata, MOU 1990, yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Naib Presiden Amerika Syarikat, Dan Quayle, telah menopang kehadiran pasukan keselamatan AS di rantau ini selama hampir 30 tahun.

Perjanjian itu memudahkan akses pasukan AS ke pangkalan udara dan tentera laut Singapura, dan menyediakan sokongan logistik untuk transit kakitangan, kapal terbang dan kapal perang mereka, kata kenyataan itu.

Di bawah skop itu, Mindef berkata, AS telah menggerakkan pesawat pejuang secara bergilir untuk latihan, mengisi minyak dan penyelenggaraan, dan Kapal Tempur Littoral dan pesawat P-8 Poseidon ke Singapura masing-masing sejak 2013 dan 2015.

“Pembaharuan dokumen ini menekankan sokongan untuk kehadiran AS di rantau kita yang masih penting untuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau,” kata Mindef. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatSingapuratentera AS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd