• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Kg. Baru: Jangan Terpedaya Dengan Khalid Samad

oleh
22/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berhubung tawaran kerajaan untuk membeli tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Najib mempersoalkan nilai tawaran itu dengan harga tanah di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) yang mencecah RM3,000 satu kaki persegi berbanding harga paling tinggi yang ditawarkan oleh kerajaan.

“Bukan luar biasa jika ada kala harga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) boleh jauh di bawah harga pasaran.

“Jangan diperdaya oleh menteri Harapan Coin jika dia masih pegang tetap kepada penilaian JPPH kerana akhirnya, kroni-kroni PH yang akan untung besar atas tanah rakyat,” katanya di laman Facebooknya merujuk kepada Khalid.

Najib berkata, perkara sama pernah berlaku dan diakui oleh Lim Guan Eng berhubung penjualan tanah Bayan Mutiara di Pulau Pinang sejurus selepas beliau menjadi ketua menteri.

“Masa itu DAP menjual 102.6 ekar tanah kerajaan Pulau Pinang dengan harga RM1.1 bilion kepada syarikat swasta atau harga purata RM240 satu kaki persegi. Masa itu juga BN bantah kerana nilai tanah di sekitar itu pernah dijual setinggi RM420 satu kaki persegi,” katanya.

Najib berkata, Guan Eng menolak anggaran harga BN dengan merujuk kepada penilaian JPPH yang menyebut nilai tanah berkenaan adalah antara RM65 ke RM83 satu kaki persegi.

“Lalu dia puji diri sendiri kerana mampu jual tanah kerajaan negeri pada harga lebih tinggi daripada harga JPPH, tetapi masih di bawah harga pasaran yang dibuktikan oleh BN,” kata beliau. 

Kerajaan hari ini mengumumkan tawaran untuk membeli tanah di Kampung Baru, yang merupakan kawasan hartanah utama orang Melayu di ibu negara, dengan nilainya mungkin mencecah sehingga RM6 juta satu lot.

Perkara itu diumumkan oleh Khalid dalam “sesi townhall” bersama-sama lebih 3,000 pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru di sini, pagi ini.

Khalid berkata, beliau difahamkan purata keluasan setiap lot tanah di situ ialah 8,000 kaki persegi.

Kerajaan menawarkan kadar RM850 bagi setiap satu kaki persegi sebagai pulangan kepada pemilik dan pewaris bagi pembangunan semula kawasan tersebut. – FMT

Tags: Kampung BaruKhalid SamadMelayuNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

09/08/2024
0

Susulan dasar persembahan lebih ketat di Terengganu, penganjur Pesta Hantu Lapar di Kemaman kini mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd