• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Mizan Anggap Jho Low Watak Tidak Menyenangkan

oleh
19/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menganggap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, sebagai watak yang tidak menyenangkan.

Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, bersetuju dengan cadangan itu  oleh peguam utama  Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-10 perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas perdana menteri itu.

Muhammad Shafee: Menurut minit-minit tersebut, Jho Low menyalahgambarkan Sultan. Anda tahu bagaimana Sultan Terengganu menganggap Jho Low, dan baginda bertitah Jho Low adalah watak yang tidak menyenangkan?

Amhari Efendi: Ya, berdasarkan minit.

Saksi juga bersetuju dengan Muhammad Shafee bahawa negeri Terengganu tidak senang hati dengan Jho Low kerana dia memanipulasi Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). TIA dinamakan semula sebagai 1MDB pada September 2009.

Muhammad Shafee: Saya katakan  anda tahu (gambaran salah),  tetapi anda gagal memaklumkan ini kepada ketua anda mahupun kepada  Najib.

Amhari Efendi: Saya tidak bersetuju

Saksi pendakwaan kelapan itu sekali lagi bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa Jho Low mempunyai cita-cita untuk mempunyai perkongsian dengan syarikat Mubadala Development di sektor minyak dan gas Terengganu tanpa pengetahuan TIA.

Apabila ditanya sama ada Jho Low telah menyebut tentang ‘cita-cita utama’ (perkongsian dengan Mubadala) kepadanya, saksi itu berkata “Tidak”.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berhubung wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan MP itu didakwa melakukan kempat-empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, cawangan Jalan Raja Chulan branch, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, dan 21 pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

Tags: Jho LowSultan Mizan Zainal AbidinTerengganu Investment Authority
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd