• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segak Bertanjak Di Hari Malaysia!

oleh
16/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka hari ini seolah-olah membawa negara kembali ke era awal Tanah Melayu apabila orang ramai yang hadir segak mengenakan busana tradisional Melayu dengan lengkap bertanjak.

Arif Abdul Rahman, 25, yang berasal dari Rawang berkata, dia turut terpanggil untuk mengenakan tanjak kerana bimbang busana tradisi itu hilang dibawa arus pemodenan.

“Saya juga mahu menyahut kempen ‘Hari Tanah Melayu Kembali Bertanjak’ yang sebelum ini digerakkan di media sosial.

“Saya harap lebih ramai anak muda kita tidak lagi segan mengenakan busana tradisional kita, kerana ini harta tradisi kita,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Nizamuddin Ismail, 27, dari Terengganu berkata, pemakaian tanjak memberi satu semangat baharu kepadanya.

“Rasa macam nenek moyang kita dulu pula, segak dan bersemangat, jadi jangan kita malu segan nak pakai pakaian tradisi kita.

“Bukan hari ini sahaja kalau boleh pakai pada hari biasa juga,” katanya.

Alif Adzham, 29, dari Kuala Lumpur pula berkata, dia berharap rakyat Malaysia berbangga dengan pakaian tradisional yang dikenakan.

“Mesej yang hendak kita sampaikan adalah kita jangan malu dengan pakaian tradisi kita, berbanggalah dengan harta yang kita ada.

“Buat anak-anak muda ayuh kita terus kekalkan apa yang kita ada,” katanya.

Tanjak yang juga digelar tengkolok atau destar merupakan pakaian kepahlawanan Melayu dan kini dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat masyarakat Melayu atau majlis di istana.

Sebelum ini kempen memakai tanjak digerakkan oleh sekumpulan individu bagi mewarnai Hari Malaysia.

Kempen yang dinamakan ‘Hari Tanah Melayu Kembali Bertanjak’ itu sebelum ini tular di media sosial. – Sinar Harian

Tags: bertanjakbusana tradisionalHari MalaysiaMelayu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS-UMNO Perlu Dedah Senarai ‘Kabinet’ Lebih Awal

Next Post

Penduduk Dakwa Kerajaan Melaka Catu Air

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

09/08/2024
0

Susulan dasar persembahan lebih ketat di Terengganu, penganjur Pesta Hantu Lapar di Kemaman kini mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak...

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

Dewan Kecoh Pembangkang Bangkitkan Isu PM Bukan Melayu

07/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh hari ini apabila seorang wakil pembangkang membangkitkan isu orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri...

Next Post

Penduduk Dakwa Kerajaan Melaka Catu Air

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd