• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Rundingan Terus Bukan Saya Yang Tandatangan” – Guan Eng

oleh
16/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – “Bukan saya yang tandatangan, anda tahukah berapa ramai kakitangan di Kementerian Kewangan?” kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika ditanyakan mengenai sepucuk surat berkenaan kontrak rundingan terus bagi sebuah projek di Kelantan yang tular baru-baru ini.

Menurut Guan Eng, beliau tidak boleh memberi jawapan kerana perlu berbincang mengenai hal tersebut dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terlebih dahulu.

Beliau juga enggan menjawab sama ada mengetahui mengenai kewujudan surat tersebut atau tidak.

“Biar saya buat pernilaian terlebih dahulu dan saya rasa anda merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri semalam.

“Boleh saya berbincang dengan Perdana Menteri dahulu? Ini kerana surat tersebut bukan ditandatangani oleh saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Surat bertarikh 26 Julai 2019 itu menggunakan kepala surat Kementerian Kewangan dan ditandatangani oleh Datuk Zamzuri Abdul Aziz dari Jabatan Perolehan Kerajaan bagi pihak Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Surat berkenaan didakwa merujuk kepada sepucuk surat yang telah dihantar oleh Perdana Menteri bertarikh 9 Julai 2019.

Ia berhubung sebuah projek reka dan bina Bangunan Gunasama Persekutuan bernilai RM45 juta di Tunjong, Kelantan.

Semalam, Dr. Mahathir menafikan beliau ada meluluskan sebarang projek rundingan terus dan berjanji akan menyiasat perkara ini.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan surat tersebut berkemungkinan adalah hasil daripada rundingan terus yang pernah diadakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. – MalaysiaGazette

Tags: kementerian kewanganLim Guan Engrundingan terus
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet dalam melaksanakan penyasaran subsidi minyak RON95. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd