• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakaman Audio ‘Kawtim’ Dihantar Ke Forensik

oleh
10/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Rakaman audio ‘kawtim’ yang didakwa melibatkan pegawai khas Exco Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Yunus Jamhari dengan anggota polis yang tersebar sebelum ini akan dihantar ke forensik untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, rakaman suara berkenaan dihantar bagi mengenal pasti pemilik suara audio tersebut.

“Kita tengah siasat, kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan masih dijalankan di mana audio tersebut akan dihantar ke forensik untuk menentukan suara berkenaan milik siapa.

“Kita masih belum dapat tentukan apakah suara tersebut adalah suara pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Razarudin berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas hadir pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, di sini hari ini.

Menurut Razarudin, dua laporan polis yang dibuat oleh exco serta pegawai khasnya berhubung isu berkenaan turut dikepilkan bersama kertas siasatan audio tersebut.

“Audio ‘kawtim’ yang dikatakan pegawai polis terlibat itu, kalau ikutkan bukan suara dia dan pihak polis sudah mengambil kenyataannya,” katanya.

Terdahulu, Abdul Yunus dan pegawai khas beliau, Ahmad Adenan Said telah membuat laporan polis berhubungan dakwaan rakaman audio berkenaan yang didakwa dirancang pihak tertentu.

Tags: Abdul Yunus Jamharianggota polisExco Perakrakaman audio
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

20/10/2025
0

BALING: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd