• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tidak Pernah Tutup Siasatan Kes Kematian Adib

oleh
27/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis tidak pernah menutup siasatan kes kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim, 24, yang maut dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, November tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya mengambil maklum akan keputusan inkues ke atas kematian Muhammad Adib yang dibuat Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini.

“Sehubungan itu, kita akan menunggu arahan lanjut daripada pihak peguam negara berdasarkan keputusan hakim Mahkamah Koroner itu.

“Siasatan polis ke atas kes jenayah terhadap Allahyarham Muhammad Adib tidak pernah ditutup dan masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, Mahkamah Koroner membuat keputusan kematian Muhammad Adib adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.

Dalam keputusannya, Koroner Rofiah Mohamad berkata, kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan Allahyarham telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan JPBM Subang Jaya parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.

Tags: anggota bombaKuil Sri Maha MariammanMuhammad Adibpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

28/03/2026
0

MARAN – Detik cemas bertukar menjadi kisah keberanian apabila pasukan lori tangki Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bertindak pantas membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd