• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Wanita Samoa Buang Mayat Bayi Di Tugu Negara

oleh
03/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Samoa ditahan kerana dipercayai membuang bayi yang dilahirkannya dalam tong sampah di tandas awam di Tugu Negara, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 11 pagi oleh orang awam.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat bayi yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu dibalut dengan kain selendang dan diletakkan dalam tong sampah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Susulan penemuan itu, pihaknya menahan seorang wanita warga Samoa berusia 33 tahun di sebuah klinik swasta di Setia Alam.

“Siasatan mendapati wanita yang menyertai rombongan ke Tugu Negara itu berada di tandas awam itu lebih daripada 1 jam.

“Wanita itu tiba di Malaysia semalam untuk menyertai kursus kesihatan dan hari ini, beliau bersama rakan-rakan dibawa bersiar di sekitar ibu negara,” katanya.

Fahmi berkata wanita itu kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan mayat bayi itu dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Tags: buang bayibuang mayatsamoatugu negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buang Mayat Dalam Parit Selepas Bunuh Rakan

Buang Mayat Dalam Parit Selepas Bunuh Rakan

28/08/2023
0

Bagan Datuk : Remaja lelaki bawah umur ditahan selepas disyaki membunuh rakannya gara-gara mangsa mengganggu teman wanitanya. (Ada rancangan nak...

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd