• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Kuasai Dewan Negara November 2020

oleh
11/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) hanya akan menguasai Dewan Negara pada November 2020 berdasarkan kepada 11 ahlinya bakal menamatkan penggal bermula Oktober ini.

Tiga ahli Dewan Negara yang mewakili Barisan Nasional (BN) iaitu, Senator Datuk Seri Khairudin Es Abd. Samad, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Senator Datuk Yahya Mat Ghani dilaporkan akan menamatkan penggal ke dua mereka bulan hadapan.

Namun, Khairudin yang juga Presiden Majlis Senator, bagaimanapun menyertai Bersatu pada November 2018 bersama tiga ahli Dewan Negara lain termasuk Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.

Sementara itu, satu lagi kerusi dikhaskan kepada individu kurang upaya yang kini disandang oleh Senator K. Bathmavathi juga akan dikosongkan pada Oktober nanti.

“Namun, pada tahun 2020, seramai tujuh lagi Senator bakal tamat tempoh mereka termasuk Speaker Dewan Negara S. A. Vigneswaran. Daripada jumlah itu, enam wakil adalah daripada BN.

“Ini bermakna bahawa PH hanya akan menguasai Dewan Negara pada November 2020,” lapor portal Malaysiakini semalam.

Dalam pada itu, portal tersebut turut mendakwa Setiausaha Agung, Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Ivy Josiah antara salah seorang yang bakal dilantik sebagai Senator pada bulan hadapan.

“Satu penghormatan jika saya terpilih. Ada keperluan supaya lebih ramai perwakilan wanita dalam Dewan Negara.

“Sebenarnya, Dewan Negara memerlukan perwakilan pelbagai kumpulan dengan kepakaran untuk meningkatkan mutu perdebatan dan cadangan dikemukakan,” katanya.

Berdasarkan maklumat portal rasmi Parlimen Malaysia, Dewan Negara kini mempunyai 68 orang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

Tags: Dewan Negarapakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd