• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Carigali Mungkin Disenaraikan Di Bursa Malaysia

oleh
27/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk menyenaraikan satu daripada anak syarikat Petronas bagi menjadikan pasaran saham Malaysia lebih menarik.

Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata Petronas Carigali ialah satu daripada calonnya, dan menurutnya juga terdapat kemungkinan lain.

“Pada ketika ini kami berpendapat menjual saham Petronas tidak akan membawa kebaikan kepada kerajaan kerana kerajaan perlukan Petronas untuk membantu kerajaan,” katanya dan menambah perkara itu mungkin dipertimbangkan kemudian.

“Tetapi apa yang kami telah persetujui adalah untuk melihat kepada anak syarikat. Kami mungkin jual saham anak syarikat kerana ia tidak akan menjejaskan Petronas dengan banyak. Satu daripadanya ialah Carigali, tetapi terdapat juga beberapa yang lain,” katanya.

Mahathir berkata demikian pada sesi dialog dengan pengurus dana di ibu pejabat JP Morgan di sini pada Khamis. Perdana menteri berada di sini untuk menghadiri sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketika ditanya sama ada Khazanah Nasional Berhad akan terus digalakkan untuk menjual sahamnya dalam syarikat berkaitan kerajaan, beliau berkata, “terdapat kawalan ke atas industri tertentu, tetapi soal pembabitan kerajaan dalam perniagaan, kami sentiasa percaya kerajaan tidak patut terbabit dalam perniagaan. Kami tidak bagus dalam perkara itu.”

Mahathir berkata, adalah lebih baik untuk perniagaan dijalankan oleh ahli perniagaan.

“Ini masih menjadi dasar kami dan kami menjual banyak syarikat milik Khazanah,” katanya dan menurutnya syarikat yang mencatatkan pulangan baik tidak sewenangnya akan djual.

Berhubung pembayaran royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak, Mahathir berkata, kerajaan kini sedar bahawa pemberian 20 peratus kepada kedua-dua negeri itu bermakna Petronas tidak lagi menjadi syarikat minyak antarabangsa sepertimana sebelumnya.

“Jadi kami merayu kepada kerajaan Sabah dan Sarawak bahawa ia benar-benar tidak boleh berjaya,” katanya dan mengambil perhatian bahawa kedua-dua negeri juga amat prihatin.

“Mereka tidak mahu membunuh Petronas, tetapi pada masa yang sama mereka mahu lebih banyak wang, jadi kami sedang cuba mencari jalan penyelesaian tentang bagaimana kami boleh berikan lebih banyak wang tanpa menjejaskan kekuatan Petronas sendiri,” kata Mahathir.

Mengenai Belanjawan 2020, Mahathir berkata, ia akan mencerminkan matlamat kerajaan di bawah Visi Kemakmuran Bersama.

“Kami mahu kemakmuran bersama antara bandar dan negara, antara negeri dan negeri, antara kaum berbeza dan antara yang kaya dan miskin,” katanya.

Beliau berkata, jurang perlu dirapatkan dan ini perlu dicerminkan dalam belanjawan akan datang.

“Ini bermakna sudah tentu kami akan beri kurang sedikit kepada yang lebih makmur dan lebih banyak kepada yang kurang makmur,” katanya.

Tags: Mahathir Mohamadpasaran sahampetronas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

09/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya semua fasiliti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd