• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawah Disaran Gabung Sawah Untuk Jana Lebih Pendapatan

oleh
10/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pesawah di negara ini disaran untuk menggabungkan sawah untuk diusahakan secara besar-besaran sebagai estet perladangan bagi menjana lebih banyak pendapatan sekaligus keluar daripada kemiskinan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, industri penanaman padi perlu berubah dengan menjadikan pengurusan ladang kelapa sawit dan getah secara profesional sebagai rujukan.

Kata beliau, Kedah merupakan Jelapang Padi negara yang menyumbang sebanyak 40 peratus bekalan padi negara dan sumbangan itu perlu dikekalkan bagi menyelamatkan bekalan makanan kepada rakyat yang semakin bertambah.

“Malangnya penanam padi adalah antara rakyat yang termiskin di negara kita yang mana tanpa subsidi mereka tetap akan kekal dalam kemiskinan.

“Kenapa ini berlaku di negara yang terkenal sebagai pengeluar getah dan kelapa sawit terbesar dunia? Pada pendapat saya, ini disebabkan oleh pesawah yang mengusahakan kepingan tanah yang kecil,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Padi Kebangsaan di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kata beliau, keadaan itu menyebabkan hasil penanaman padi yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung sara hidup pesawah.

Justeru, Mahathir mencadangkan supaya penanaman padi dibuat secara besar-besaran seperti diamalkan industri getah dan kelapa sawit.

“Ini boleh diadakan jika pemilik tanah yang berjiran sanggup mencantumkan tanah mereka sehingga menjadi besar, mungkin 1,000 atau 2,000 hektar dengan diuruskan oleh pengurus terlatih,” ujarnya.

Selain itu, kata beliau, pesawah juga boleh mengusahakan tanaman seperti sayur di sebahagian tanah tersebut bagi menjana pulangan sepanjang tahun.

“Perubahan dan pendekatan yang dicadangkan ini adalah radikal dan mungkin sukar diusahakan oleh penanam padi biasa yang mana pekerja terlatih diperlukan.

“Pemilik tanah boleh bekerja jika masih bertenaga dan berminat yang mana upah setimpal diberikan tetapi hak mereka hendaklah mengikut keluasan tanah dalam ladang gabungan,” jelasnya. 

Tags: kemiskinanMahathir Mohamadpenanaman padiPesawah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Hampir 130,000 Pesawah Terima Bantuan Tunai, Insentif Pembajakan, Penuaian

Hampir 130,000 Pesawah Terima Bantuan Tunai, Insentif Pembajakan, Penuaian

11/06/2024
0

PUTRAJAYA - Hampir 130,000 pesawah di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim menerusi kenaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd