• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perginya Pejuang Muzik Sejati, Legenda Pemain Drum Negara

oleh
26/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“ALLAHYARHAM Yazit merupakan pejuang muzik sejati dan industri muzik tanah air kehilangan seorang legenda pemain drum terbaik negara.”

Demikian luahan pemain gitar terkemuka negara, Rizal Abdul Halim atau lebih dikenali Riz Metalasia apabila diminta memberi pandangan mengenai pemergian bekas pemain drum kumpulan Search, Allahyarham Yazit Ahmad, 57, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.

Rizal antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Yazit yang selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.40 petang tadi.

Bercakap kepada Sinar Harian, Rizal berkata, dia tidak berkesempatan bermain muzik bersama Allahyarham sepanjang hidupnya, namun begitu kagum dengan semangat kental ditunjukkan Yazit.

Menurutnya, selain mempunyai teknik permainan drum berentak rock yang mantap, Allahyarham Yazit sentiasa dikenali kenalan artis sebagai seorang individu yang sentiasa bekerja kuat untuk menghasilkan karya muzik sendiri.

“Selain itu, Allahyarham boleh dianggap sebagai pejuang muzik sejati, di mana dia sanggup untuk mengenepikan kesakitan dihadapi bagi memenuhi undang persembahan dan sebagainya.

“Kami sebagai penyambung generasi muzik rock tanah air amat terasa dengan pemergian beliau yang disifatkan sebagai kehilangan besar buat industri muzik tanah air,” katanya.

Sementara itu, komposer dan penyanyi terkenal, Datuk M Nasir sewaktu ditemui mengakui hubungan beliau dengan Allahyarham Yazit sangat baik sehingga kedua-duanya saling berkongsi hal peribadi.

Menurutnya, Allahyarham Yazit merupakan seorang pemuzik sentimental, namun mempunyai semangat tinggi dalam memartabatkan industri muzik sehingga sanggup datang berjumpa dengan beliau menceritakan projek muzik akan datang sekalipun dalam keadaan sakit.

“Beliau (Allahyarham Yazit) sentiasa positif dan bersemangat dengan muzik walaupun sakit,” katanya.

Dalam pada itu, suasana pilu menyelubungi pemergian Allahyarham Yazit yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih pada jam 3.40 petang tadi.

Solat jenazah sebelum itu berlangsung di Masjid Salehuddin Al-Ayyubi Taman Melati di ibu negara.

Solat jenazah yang diadakan di Masjid Salehuddin Al-Ayyubi Taman Melati di sini hari ini.

Kelihatan ramai kenalan artis, ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham Yazit yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada legenda pemain drum terkemuka negara itu.

Beberapa anggota kumpulan Search lain seperti pemain gitar bass, Nasir Daud; pemain gitaris utama, Hamzah Mohd Taib dan pemain gitar rhythm, Nordin Taib turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Yazit.

Allahyarham Yazit yang sebelum ini dilaporkan kritikal sejak kelmarin, disahkan meninggal dunia pada jam 11.53 pagi tadi.

Allahyarham Yazit meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29. – Sinar Harian

Tags: meninggal duniapemain drumpemuzikyazit search
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bung Moktar Sudah Tiada

Bung Moktar Sudah Tiada

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd