• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Dakwa Kerajaan Melaka Catu Air

oleh
17/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Penduduk di negeri ini meluahkan kekecewaan dan mendakwa krisis air yang dihadapi ketika ini bukanlah gangguan sebaliknya catuan apabila keadaan itu berterusan hampir seminggu sejak minggu lalu.

Salah seorang penduduk di Kampung Pantai Rombang, Tanjung Kling, Nabilah Atikah Ahmad, 25, berkata, masalah gangguan itu telah memasuki hari keenam dan dialami mereka lebih lima kali sejak awal tahun lalu.

“Kali ini bagi saya bukanlah gangguan bekalan air tetapi catuan kerana sudah enam hari sumber air di rumah terputus dan kami terpaksa mengambil bekalan air dari lori tangki secara bergilir-gilir mengikut kedudukan kediaman.

“Masalah bekalan air ini bukanlah kali pertama berlaku malah turut terjadi pada perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha  dan sambutan Hari Kebangsaan,” katanya ketika mengangkut bekalan air dari lori tangki di rumahnya.

Tambahnya, dia menggesa kerajaan negeri segera menyelesaikan krisis itu apatah lagi masalah bekalan air tidak pernah terjadi begitu kerap serta berterusan seperti ketika kepimpinan kerajaan terdahulu.

“Tolong jangan sia-siakan kepercayaan yang telah kami berikan. Saya merayu agar masalah air ini segera diselesaikan kerana sudah hampir seminggu kami bersabar,” katanya.

Azlina Mohamad, 45, pula berkata, suaminya, Osman Johar, 49, yang menghidap sakit belakang hampir diserang lelah selepas berulang kali mengangkut bekalan air dari lori tangki.

“Melihat keadaan ini semakin teruk, saya cadangkan pihak berkaitan membuat inisiatif memasang saluran panjang seperti getah paip untuk terus disalurkan ke tong-tong simpanan yang besar,” keluhnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam bagaimanapun menegaskan, keadaan itu hanyalah gangguan dan bukan catuan kerana bekalan air di dua empangan utama di negeri ini masih mencukupi untuk kegunaan rakyat dalam tempoh lebih sebulan lagi.

Empangan Jus kini berada pada paras 19,975 juta liter (45 peratus) manakala Empangan Durian Tunggal pula 7,270 liter (25 peratus).

“Berdasarkan jumlah itu, bekalan air sedia ada mampu bertahan lebih sebulan lagi dengan mengambil kira kadar penggunaan air sekitar 600 juta liter sehari.

“Bagaimanapun, kita hanya boleh bekalkan 550 juta liter sehari disebabkan tekanan air yang rendah menyebabkan ada kekurangan 50 juta liter sehari. Pihak kerajaan negeri sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin,” katanya.

Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menerusi laman rasminya memaklumkan krisis itu disebabkan purata hujan yang rendah seterusnya mengakibatkan paras air di kawasan empangan, kolam tadahan serta sungai Melaka berada dalam keadaan tidak memuaskan.

Setakat pukul 10 pagi tadi, lebih 17 kawasan di Melaka Tengah dan Jasin mengalami gangguan bekalan air sejak beberapa hari lalu.

Sebanyak 16 lori tangki termasuk bantuan daripada Syarikat Air Johor (SAJ), Syarikat Air Selangor (SAS) dan Lembaga Air Perak (LAP) digerakkan bagi menghantar bekalan air kepada penduduk. – K! ONLINE

Tags: catuan airKerajaan Melakakrisis air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Kedah Diminta Bersabar Hadapi Krisis Air

07/05/2022
0

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meminta rakyat negeri ini bersabar dengan masalah bekalan air yang...

Melaka Berdepan Krisis Air Jika TAPS Tidak Disegerakan

20/04/2022
0

ALOR GAJAH : Kerajaan negeri serta Kementerian Alam Sekitar dan Air digesa menyegerakan projek pembinaan takungan air selepas pelaksanaannya ditangguhkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd