• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendapatan Pelaburan KWSP Menyusut

oleh
07/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan penyusutan pendapatan pelaburan kepada RM12.32 bilion bagi suku kedua 2019 yang berakhir 30 Jun lalu berbanding RM12.39 bilion yang direkodkan tempoh sama tahun lalu.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Datuk Mohamad Nasir Ab. Latif, pendapatan yang lebih rendah itu disebabkan terutamanya oleh kelembapan pasaran saham tempatan yang menguncup 1.1 peratus pada suku kedua 2019 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ini telah menyebabkan portfolio ekuiti domestik KWSP mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.51 bilion sahaja.

Kebanyakan pasaran ekuiti global bagaimanapun menyaksikan pemulihan selepas mencatatkan penurunan pada suku keempat tahun lepas.

Jelas beliau, ini disebabkan oleh antaranya petunjuk positif rundingan perdagangan di antara China-Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan sumbangan pendapatan daripada ekuiti-ekuiti antarabangsa mengukuh.

Namun begitu, selain AS, kebanyakan pasaran utama masih kekal di bawah paras kemuncak pada 2018.

Selain itu, keadaan perdagangan juga sukar pada suku kedua 2019, ujarnya.

“Kebaikan memiliki portfolio yang berbeza-beza adalah apabila pendapatan pelaburan daripada aset-aset luar negara dapat membantu mengurangkan impak daripada penurunan pendapatan portfolio domestik,” katanya.

Menurut Mohamad Nasir, keadaan pasaran bagi baki tahun ini akan terus mencabar dan tidak menentu.

“Terdapat banyak ketidaktentuan terutamanya mengenai Brexit, pertikaian perdagangan AS-China dan peningkatan protectionisme bagi negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan.

“Kami juga memantau rapat terhadap kemungkinan berlakunya kelembapan ekonomi dan peningkatan risiko kemelesetan di negara-negara maju, yang mana mungkin mempunyai kesan hebat terhadap pertumbuhan global.

“Pasaran tempatan akan kekal mencabar dalam tempoh singkat tetapi ia memberikan peluang baik untuk membeli dana-dana jangka panjang seperti KWSP.

“Melangkah ke akhir tahun ini, kami percaya sangat sukar untuk kami mengekalkan momentum separuh pertama 2019 kerana kami sendiri bimbang terhadap trend-trend yang sedang berkembang dalam banyak petunjuk global.

“Namun begitu, kami tetap yakin mampu memberikan pulangan melebihi inflasi dan memenuhi objektif untuk menjaga dan meningkatkan nilai kepada simpanan ahli dalam jagka masa panjang,” katanya lagi.

Daripada pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM12.32 bilion, RM0.89 bilion dijana oleh Simpanan Shariah manakala RM11.43 bilion lagi adalah dari Simpanan Konvensional. – MalaysiaGazette

Tags: KWSPpelaburanpendapatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd