• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Persoal Projek Rintis NFCP Diberi Kepada ‘Kroni’

oleh
13/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mempersoalkan dakwaan mengatakan projek rintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) akan diberikan kepada Opcom Holdings Bhd. (Opcom) selepas pergerakan saham syarikat itu melonjak sebanyak 43% dalam tempoh masa yang sangat pendek.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Wan Agyl Wan Hassan berkata jika bukan disebabkan khabar angin dan spekulasi, mana mungkin bacaan saham Opcom di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) boleh naik drastik secara luar biasa.

“Kami tertanya-tanya mengapakah situasi ini berlaku dan adakah Suruhanjaya Sekuriti mengetahui akan pergerakan saham yang luar biasa ini?

“Adakah mereka merasakan terdapat aktiviti ‘insider trading’ sedang berlaku berdasarkan pandangan profesional mereka?” soalnya ketika ditemui media selepas program Pentas Anak Muda di Himpunan Peryatuan Ummah yang berlangsung selama 2 hari bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Wan Agyl berkata, sekiranya khabar angin itu benar-benar, ini adalah petunjuk sebenar kerajaan baru Pakatan Harapan mempunyai “kroni” dalam pemerintahannya.

Menurutnya, projek rintis NFCP sepatutnya dikendalikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Axiata dan Telekom Malaysia yang dilihat berfungsi untuk membantu ekonomi anak muda.

“Jika bagi kepada ‘kroni’ ia akan bergerak atas dasar keuntungan. Jika kita serahkan kepada GLC, yang dikendalikan oleh kerajaan, ia untuk kebaikan dan keuntungan rakyat,” katanya.

Menurut laporan media, Mukhriz Mahathir menjual 72,600 saham dalam Opcom Holdings Bhd pada 15 Julai 2019.

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64% kepentingan.

Setakat 3 September lalu, BSKL menunjukkan Mukhriz memegang 31.9 juta saham atau 19.8% kepentingan.

Wan Agyl juga menggesa Putrajaya memberi penjelasan berhubung keputusannya meluluskan projek NFCP yang melebihi peruntukan asal.

Gesaan ini susulan pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo bahawa Kabinet sudah meluluskan sebanyak RM21.6 bilion berbanding RM1 bilion dalam Bajet 2019.

Katanya, terdapat pertambahan peruntukan dalam projek rintis tersebut dan tidak mengikut peruntukan bajet yang ditetapkan.

“Sekiranya kerajaan gagal menjelaskan dalam minggu ini, ia menunjukkan syarat bahawa spekulasi dan sesuatu sedang berlaku,” katanya yang bimbang peruntukan tambahan itu akan membebankan kewangan kerajaan. – FMT

Tags: NFCPopcomPemuda UMNOSaham
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

54 Pengikut Syiah Ditahan JAINJ Termasuk Warga Singapura

Next Post

PKR Tahu Tak Beza Suami Dengan Isteri, Sinis Najib

Related Posts

Pemuda UMNO Gesa Negara Islam Dunia Kutuk Serangan Israel

Pemuda UMNO Gesa Negara Islam Dunia Kutuk Serangan Israel

06/04/2023
0

JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO menggesa negara gergasi dunia, khususnya negara Islam, yang kononnya menjuarai hak asasi manusia untuk bertindak...

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

29/12/2022
0

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkata ia memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu...

Next Post

PKR Tahu Tak Beza Suami Dengan Isteri, Sinis Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd