• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelabur Lari Setiap Kali Guan Eng Buka Mulut

oleh
03/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO mendakwa antara punca ekonomi negara merosot adalah disebabkan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengatakan ia tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO, Shamsul Anuar Nasarah berkata setiap kali Lim “buka mulut” dan membuat sebarang kenyataan berhubung kedudukan ekonomi negara, maka setiap kali itulah harga saham di bursa saham akan menurun.

“Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang tidak berkeupayaan mewujudkan keyakinan kepada pelbagai pihak, baik rakyat Malaysia atau peniaga dan pelabur.

“Kalau pemimpin tidak diyakini, ia akan memberi masalah kepada negara, kemudiannya memberi kesan kepada rakyat.

“Apa yang diucapkan perdana menteri, menteri kewangan atau menteri lain tidak diyakini. Apabila tidak diyakini, ia akan menjadi masalah kepada negara dan menjadi masalah kepada mereka (menteri Kabinet) juga,” katanya dalam jelajah ceramah umum sempena himpunan penyatuan ummah di Taman Maluri, malam tadi.

Sewaktu berucap di depan kira-kira 300 hadirin yang hadir, Shamsul turut mempersoalkan keupayaan Dr. Mahathir Mohamad membawa pelaburan masuk ke dalam negara yang menurutnya sehingga kini masih tidak kelihatan hasilnya.

“Mana sahaja negara yang perdana menteri kita tidak pergi, dia sudah pergi ke Jepun, China, Amerika Syarikat, Pakistan, Turki dan pelbagai negara lagi sewaktu siri lawatannya ke luar negara, apakah pelaburan yang dibawa masuk.

“Zaman kita (Barisan Nasional) tidak perlu perdana menteri yang pergi, cukup menteri kewangan sahaja yang pergi, itupun sudah banyak pelaburan. Kalau perdana menteri ketika itu yang pergi maka lagi banyaklah pelaburan dibawa masuk,” katanya.

Menurutnya, pada 2016 sewaktu dalam rangka lawatan Najib Razak ke China, bekas perdana menteri itu berjaya membawa pelaburan ke dalam negara dengan nilai yang cukup besar.

“Tidak kurang RM143.46 bilion dalam bentuk pelaburan. Apabila pelaburan berjaya dibawa balik ke dalam negara, maka rahmatnya adalah untuk rakyat.

“Kini, sudah berapa kali perdana menteri kita pergi China, apakah pelaburan yang dibawa, mana ada. Kenapa tidak ada, kerana orang tidak yakin,” katanya. – FMT

Tags: EkonomiLim Guan EngPelaburpelaburanShamsul Anuar Nasarah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd