• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelabur Asing Lupus RM150.9 Juta Minggu Lalu

oleh
30/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jualan asing di pasaran ekuiti Bursa Malaysia berterusan pada minggu kedua, namun pada kadar perlahan dengan penjualan bersih RM150.9 juta berbanding RM249.3 juta pada minggu sebelum ini.

Penganalisis MIDF Amanah Investment Bank Bhd. Research (MIDF Research) Adam Mohamed Rahim dalam laporan aliran dana mingguannya berkata, setakat ini, jualan bersih asing telah berlaku selama 26 minggu.

“Keadaan tenang pada Isnin menjadi sebaliknya apabila pelabur asing tidak mengendahkan China yang bertindak membatalkan rancangan lawatan ke ladang Amerika Syarikat (AS) yang tidak berkaitan dengan hal perdagangan antara kedua-dua negara.

“Oleh itu, dana antarabangsa mencatat sejumlah RM11.5 juta bersih ekuiti tempatan pada hari yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Adam berkata, dana asing turut menjadi penjual bersih sebanyak RM62.2 juta pada Selasa lepas walaupun terdapat pengecualian baharu kepada syarikat swasta dan domestik tempatan untuk membeli kacang soya AS tanpa tertakluk kepada tarif yang dikenakan sebagai reaksi balas dalam pertikaian AS-China.

Beliau berkata, kadar penjualan bersih berubah sedikit pada RM62.9 juta pada Rabu berikutan pelabur mengambil kira kemungkinan prosedur pencabaran ke atas Presiden AS, Donald Trump..

“Pasaran kembali positif pada Khamis apabila pelabur asing membeli pegangan RM100.1 juta bersih ekuiti tempatan.

“Ini diikuti dengan draf peraturan China yang mewajibkan bank untuk mengagihkan lebihan peruntukan bagi pinjaman yang tertunggak kepada kepada pelabur bagi mengekang penyelewengan dari segi perakaunan,” katanya

Beliau berkata tempoh jualan bersih asing itu meningkat paling ketara pada minggu itu pada Jumaat sebanyak RM137.7 juta berikutan Malaysia dikekalkan dalam senarai pemerhatian Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI) oleh penyedia indeks global, FTSE Russell.

“Dengan berbaki satu hari dagangan, Mohd Adam berkata, September menyaksikan aliran keluar bersih pelabur antarabangsa setakat ini adalah RM486.7 juta bersih, iaitu antara yang terendah dalam empat pasaran ASEAN yang dipantau oleh MIDF Research.

“Berdasarkan asas perbandingan setahun sehingga setakat ini, dana antarabangsa telah mengeluarkan RM7.83 bilion nilai ekuiti tempatan di Bursa Malaysia.

“Dari segi penyertaan, pelabur asing mengalami penyusutan mingguan yang terbesar 50.8 peratus dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) iaitu pada RM882.4 juta, di bawah paras penanda RM1.0 bilion,” katanya.

Tags: bursa malaysiamidf researchPelabur asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh 4.7 Peratus – MIDF Research

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh 4.7 Peratus – MIDF Research

03/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia dijangka berkembang kukuh sebanyak 4.7 peratus tahun ini di tengah-tengah momentum pertumbuhan yang bertambah baik,...

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

15/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd