• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nestle Syarikat Pertama Di Malaysia Guna Straw Kertas

oleh
23/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nestle (Malaysia) Bhd. akan memulakan penggunaan penyedut minuman (straw) kertas yang disertakan bersama pek minuman Milo UHT 125 mililiter (ml) keluarannya pada suku keempat tahun ini.

Langkah itu tidak hanya dapat mengelak penggunaan 40 juta straw plastik setahun, malah turut menjadikannya syarikat minuman dan makanan pertama di Malaysia yang menggunakan straw kertas bagi pek minuman.

Syarikat itu juga merancang untuk menggunakan straw kertas bagi varian lain Milo UHT secara berperingkat dengan matlamat menghentikan penggunaan lebih 200 juta straw plastik setahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols dalam satu kenyataan hari ini.

“Ini merupakan sumbangan terbaharu kami bagi ikrar Nestle untuk memastikan penggunaan pembungkusan yang 100 peratus boleh dikitar semula atau diguna semula menjelang 2025.

“Tindakan ini juga sebahagian daripada komitmen untuk terus meninjau penyelesaian secara agresif dalam usaha kami menerusi kempen Perangi Sisa Plastik yang sedang dijalankan,” katanya.

Nestle Malaysia juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam kempen Perangi Sisa Plastik dan akan terus membangunkan penyelesaian yang bercirikan mesra alam.

Susulan itu, dua pertiga daripada keseluruhan pembungkusan plastiknya kini direka bagi tujuan kitar semula.

Pada masa sama, syarikat itu juga terus membangunkan serta menguji bahan dan sistem pembungkusan mesra alam dengan pihak seperti pusat pembangunan, pembekal, institusi penyelidikan dan syarikat pemula niaga.

Tags: milo UHTNestlestraw kertas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SDP, Nestle Wujud Talian Bantuan Pekerja Ladang

08/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Sime Darby Plantation Berhad (SDP) dan Nestle hari ini mengumumkan kerjasama untuk menyediakan satu talian bantuan yang...

Nestle Jadikan Rembau Pusat Kecemerlangan Produk Milo

09/10/2018
0

PORT DICKSON — Nestle (Malaysia) Bhd (Nestle) akan menjadikan kilangnya di Chembong, Rembau, sebagai pusat kecemerlangan pembuatan produk Milo keluarannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd