• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyKad: Hukuman Lebih Berat Kepada Pengkhianat Negara

oleh
12/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa hukuman yang berat dikenakan kepada pegawai-pegawai kerajaan berpangkat tinggi sekiranya terbukti bersalah berhubung kes kegiatan menjual MyKad kepada warga asing China di Pulau Pinang. Hukuman yang berat ini adalah setimpal untuk memberi pengajaran kepada semua bahawa isu MyKad bukannya remeh sekadar sekeping kad. MyKad adalah lambang kedaulatan negara dan keistimewaan kerakyatan warga Malaysia.

2. Pemegang MyKad secara otomatik adalah warganegara Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan adanya MyKad, seseorang itu layak untuk mengundi memilih pemimpin yang menerajui negara. Dengan adanya MyKad, seseorang itu layak untuk mendapatkan bantuan-bantuan kerajaan. Oleh itu, penipuan MyKad ini adalah satu pengkhianatan kepada negara dan rakyat Malaysia.

3. Sehingga hari ini, dilaporkan penahanan telah dibuat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). SOSMA digubal bertujuan membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu menganggu-gugat atau melemahkan negara, termasuk ancaman rentas sempadan demi mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara. Akta ini diluluskan di Parlimen pada 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

4. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) turut mencadangkan pihak Kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak menghapuskan akta ini sebagaimana hasrat sesetengah pihak yang melobi untuk menghapuskan SOSMA kerana dianggap zalim. Hari ini terbukti bahawa SOSMA diperlukan untuk menyiasat kes pengkhianatan negara seperti sindiket MyKad.

5. Tahniah diucapkan kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kerana bertindak pantas menjalankan operasi khas membongkar sindiket pemalsuan MyKad. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) turut digesa untuk menyiasat salah laku ini agar rasuah dan salahguna kuasa dapat dibanteras di dalam perkhidmatan awam negara, selari dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyokong usul RCI yang dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Selamatkan Malaysiaku!

#SelamatkanMalaysiaku #SaveMyMalaysia #PemudaMemimpin #PemudaIkatan #Ubahbalik

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Pemuda Gagasan Sejahtera

Tags: DPIMJPNMyKadParti IKATAN Bangsa MalaysiaWarga China
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

27/09/2025
0

SANDAKAN: Sejumlah 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara sejak kerajaan mengumumkan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd