• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terlalu Kecil Untuk Lawan China – Mahathir

oleh
29/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mahu mengambil pendirian berkonfrontasi terhadap China dalam pertikaian Laut China Selatan dan dakwaan penganiayaan terhadap etnik Uighur, kata Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dalam satu temubual hari ini.

Malaysia terlalu untuk berdepan gergasi Asia itu, walaupun kapal-kapal China meninjau di perairannya untuk mencari minyak dan gas di Laut China Selatan tanpa izin, katanya kepada satu laman berita dalam talian ketika melawat New York, Amerika Syarikat minggu ini.

“Kami perhati perbuatan mereka, kami lapor perbuatan mereka, tetapi kami tak usir atau cuba jadi agresif,” kata Mahathir kepada BenarNews.

“Negeri-negeri Melayu wujud berdekatan dengan China sejak 2,000 tahun lalu. Kami masih selamat kerana kami tahu bagaimana menjaga tingkah laku. Kami tak cuba menjadi agresif kerana kami tiada upaya, jadi kami guna cara lain.”

Beliau berkata dulu Malaysia menghantar “bunga emas kepada China setiap tahun sebagai simbol kami menurut perintah mereka.”

Bulan ini, China dan Malaysia bersetuju menubuhkan satu mekanisme dialog bersama untuk Laut China Selatan, kerana hubungan antara negara semakin baik. China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia.

Presiden China Xi Jinping menyelia rancangan mengubahsuai tenteranya ketika negara itu meningkatkan keberadaannya di Laut China Selatan dan Taiwan, menyebabkan rantau ini dan Washington gementar.

Mahathir berkata kekuatan China sebab kenapa Malaysia tidak banyak bercakap mengenai dakwaan Beijing menindas etnik Uighur.

“Anda tak boleh cuba dan buat sesuatu yang akan gagal, jadi lebih baik cari cara yang tidak ganas untuk tidak menyebabkan China jadi marah, kerana China bermanfaat pada kita,” katanya.

“Sudah tentu China rakan dagangan terbesar kami dan anda tidak mahu buat sesuatu yang akan gagal, dan dalam proses itu, kita akan terjejas.”

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata sekurang-kurangnya 1 juta etnik Uighur dan etnik beragama Islam lain ditahan dalam apa yang China dakwa “pusat latihan vokasional” bagi membasmi ekstremisme dan memberi kemahiran baru.

Pemimpin berusia 94 tahun itu juga berkata polis sedang memastikan adakah ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho berada di China.

Penyiasat menamakan Low sebagai watak utama dalam skandal 1MDB, yang menurut pendakwa raya AS dan Malaysia digunakan untuk menyalurkan ratusan juta dolar. – Agensi

Tags: ChinaEtnik Uighurlaut china selatanMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd