• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Akan Pertimbang Jika Azmin Mahu Sertai PPBM

oleh
16/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kehadiran Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara ‘solo’ ke majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan ulang tahun ke-3 penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih jadi tanda tanya.

Malah ketika wartawan terus mengasak tentang kemungkinan Mohamed Azmin berniat untuk masuk ke parti tersebut, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pada awalnya cuba mengelak sambil menyatakan ramai pemimpin lain juga telah dijemput. 

Sambil menyebut antara pemimpin termasuk Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar juga dijemput ke majlis sambutan tahun ke-3 itu, kata Pengerusi PPBM akhirnya berkata,  beliau sebenarnya tidak kisah jika ada yang berminat menyertai partinya. 

“Xavier juga datang jemputan. Ramai juga datang ke majlis tersebut. Tapi tidak ada sesiapa yang buat apa-apa permohonan. 

“Jika Azmin ada buat permohonan, sudah tentu kita akan buat pertimbangan untuknya masuk PPBM tapi buat masa ini tidak ada apa-apa lagi,” katanya ringkas. 

Ini bukan kali pertama Mohamed Azmin dikhabarkan akan meninggalkan PKR kerana wujudnya krisis dalaman dalam parti yang telah disertai olehnya sejak lebih 20 tahun lepas. 

Julai lalu terdapat spekulasi yang mendakwa Azmin akan keluar PKR dan menyertai parti Gerakan sebagai wadah baru dalam kerjaya politiknya susulan krisis yang sedang melanda Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dengan dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin hari semakin memuncak. 

Walaupun saban kali setiap dakwaan ini sentiasa disangkal oleh pihak-pihak tertentu namun apa yang pasti, perpecahan tampak semakin nyata apatah lagi sikap ‘dingin’ Azmin yang tidak menghadirkan diri ke mesyuarat biro politik sejak sekian lama. – MalaysiaGazette

Tags: Mahathir MohamadMohamed Azmin AliPPBM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Petrol RON97 Naik 3 Sen Seliter

Next Post

Muafakat Nasional Kembalikan Kuasa Melayu, Islam

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Next Post

Muafakat Nasional Kembalikan Kuasa Melayu, Islam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd