• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khazanah Jual 100 Peratus Kepentingan Dalam Prince Court

oleh
18/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) bakal melupuskan 100 peratus pegangan dalam Prince Court Medical Centre Sdn. Bhd. (PCMC) kepada IHH Healthcare Bhd. (IHH) bernilai RM1.02 bilion secara tunai.

Khazanah menerusi anak syarikat tidak langsungnya, Pulau Memutik Ventures Sdn. Bhd. (Pulau Memutik) menandatangani perjanjian pembelian saham dengan Pantai Holdings Sdn. Bhd., anak syarikat tidak langsung milik penuh IHH bagi urus niaga itu.

Khazanah mengambil alih PCMC pada 2018 bertujuan memperkukuhkan sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia serta mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan bagi penjagaan kesihatan berkualiti di rantau ini.

“Namun, berdasarkan mandat baharunya, Khazanah telah membuat keputusan untuk melupuskan pegangannya dalam PCMC kepada IHH, platform penjagaan kesihatan milik Khazanah.

“Cadangan pelupusan yang diumumkan pada hari ini akan membolehkan PCMC menerima manfaat daripada kemasukannya ke dalam operasi IHH di Malaysia serta rangkaian globalnya yang lebih luas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khazanah berkata, pelupusan pegangan itu juga bakal terus memperkukuhkan kedudukan IHH secara keseluruhannya dalam pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan domestik sementara terus menerima sokongan berterusan daripada Khazanah menerusi pembabitannya dalam IHH.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata urus niaga itu adalah selaras dengan mandat baharu kumpulan serta akan meningkatkan kecairan Khazanah bagi tujuan keperluan modal pelaburan masa hadapan.

“Di samping itu, Khazanah yakin bahawa PCMC akan mendapat manfaat daripada pengalaman luas IHH dalam penyediaan penjagaan kesihatan premium selain memantapkan kedudukan IHH sebagai salah sebuah pengendali penjagaan kesihatan utama di Malaysia, yang mana Khazanah kekal sebagai salah satu pemegang saham utama dengan pegangan kepentingan 26.04 peratus di dalamnya.

“Transaksi ini, antara lainnya, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan serta para pemegang saham IHH yang lain. Khazanah menjangkakan urus niaga itu akan dimuktamadkan pada suku pertama 2020,” katanya.

Tags: IHHkhazanahPCMC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Rugikan Negara Jual Aset Khazanah – Najib

30/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata pada Mac 2016 Khazanah Nasional di...

Akhirnya Dijual Juga Celcom

21/06/2021
0

Dari Facebook Najib Razak SEBELUM ini, syarikat Khazanah milik 100% syarikat CELCOM melalui Axiata. Kini, Khazanah milik 33.1% kepentingan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd