• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Adib: Tommy Digesa Lepas Jawatan Peguam Negara

oleh
24/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pemuda UMNO Kelantan selari dengan kepimpinan Pemuda UMNO Pusat yang mendesak Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas melepaskan jawatan kerana didakwa bertindak subjudis dengan menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian arwah Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, tindakan subjudis tersebut didakwa dilakukan semasa inkues sedang berlangsung.

“Kami semua bersependapat dengan Datuk Dr. Asyraf Wajdi bahawa Tommy Thomas tidak lagi layak sebagai Peguam Negara kerana tidak menghormati prinsip ‘rule of law’ apabila beliau bertindak secara pilih kasih menggugurkan kes-kes melibatkan ‘banglo rasuah’ Lim Guan Eng dan isyarat lucah Siti Kasim.

“Ternyata Tommy Thomas gagal memberi teladan baik kepada masyarakat sepanjang memegang jawatan Peguam Negara yang tentunya menjejaskan keyakinan rakyat kepada perjalanan pentadbiran kerajaan persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga merafak sembah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk menamatkan jawatan Thomas sebagai Peguam Negara.

Beliau berkata, tindakan tersebut adalah selaras dengan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada baginda untuk melantik dan menamatkan jawatan Peguam Negara selama diperkenankan.

“Kegagalan Tommy Thomas memberi nasihat yang tepat dan adil kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja berkenaan impak peri bahayanya statut rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Perlembagaan Persekutuan menguatkan lagi bahawa alasan untuk menamatkan perkhidmatan peguam negara ini sangat tepat,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Muhammad AdibPeguam NegaraPemuda UMNOTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

25/12/2025
0

PEKAN – Pemuda UMNO Pekan menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan polemik berkaitan isu Titah Adendum yang dilihat berpotensi membentuk naratif berbahaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd