• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Patut Pajak Bukan Beli Tanah Kampung Baru

oleh
24/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyifatkan tawaran pembelian tanah Kampung baru di sini pada harga RM850 setiap kaki persegi tidak wajar berdasarkan nilai sebenar yang jauh lebih mahal.

Setiausaha Agungnya, Amirhamzah Karim berkata, tawaran pembelian itu jauh di bawah harga pasaran semasa yang berpatutan iaitu kira-kira RM2,000 satu kaki persegi.

“Kerajaan atau pihak-pihak lain cuba membeli tanah itu pada harga yang murah, kemudian menjual kepada pihak ketiga pada harga tinggi. Ini tidak mendatangkan kebaikan kepada pemilik yang menggadaikan harta pada nilai tidak munasabah.

“Sehingga kini rizab Melayu yang telah dijual tidak pernah diganti. Rizab Melayu yang ada sekarang siapa yang mahu ganti.

“Saya berandaian pemikiran bahawa semua (tanah) kena beli patut ditolak sama sekali demi menjaga warisan tanah Melayu,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar di ibu pejabat DPMM, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden DPMM, Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee.

Beliau turut mencadangkan pembelian tanah di Kampung Baru perlu diuruskan melalui proses pajakan tanah selama 60 tahun supaya ia memberi pulangan dan laba kepada pemilik serta pewaris kampung warisan berusia lebih 100 tahun itu.

“Perkara ini sepatutnya tidak berlaku lagi kepada tanah-tanah rizab Melayu. Keadah yang patut digunakan ialah kaedah pajakan yang saya fikir paling sesuai supaya tanah-tanah rizab Melayu ini kekal sebagai rizab Melayu.

“Pewarisan tanah rizab Melayu ini sentiasa kekal sampai bila-bila. Saya rasa pandangan yang kerajaan gunakan hari ini sepatutnya bertukar,” katanya.

Mengulas lanjut, Amirhamzah berkata kaedah pajakan tempoh selama 60 tahun itu dirasakan sesuai demi memastikan kesinambungan kepunyaan tanah milik orang Melayu itu berterusan sampai bila-bila.

“Selama 30 tahun pertama dia membayar pinjaman manakala 30 tahun lagi dia menikmati hasil daripada pinjaman itu. Dalam tempoh 60 tahun pembangunan hartanah tersebut, dia telah mendapat semua kembali keuntungan, pulangan dan modal.

“Oleh itu, tanah orang Melayu di Kampung Baru tidak akan terjual dan boleh diteruskan pembangunan seterusnya. Kaedah ini boleh membantu keturunan pewaris tanah-tanah ini,” katanya.

Ditanya mengenai usaha kerajaan mahu membangunkan semula kawasan tersebut, beliau berkata, pihaknya menyambut baik usaha tersebut demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk selain memberikan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan yang kini semakin dihimpit warga asing. – UTUSAN ONLINE

Tags: DPMMKampung BaruMelayupakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

JIM Tahan Empat Pekerja Kedai Makan Di Kampung Baru

25/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu sebuah kedai makan terkenal di Kampung Baru, di sini dan menahan empat pekerja...

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

Pesta Hantu Lapar Di Kemaman Larang Melayu Masuk

09/08/2024
0

Susulan dasar persembahan lebih ketat di Terengganu, penganjur Pesta Hantu Lapar di Kemaman kini mengeluarkan larangan supaya orang Islam tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd