• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pasang CCTV Di 756 Lokap Seluruh Negara

oleh
20/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 756 lokap di seluruh negara akan dilengkapkan dengan kamera televisyen litar tertutup (CCTV) dalam usaha memantau isu keselamatan tahanan sekali gus memantapkan intergriti pihak berkuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, pemasangan yang dijangka selesai hujung tahun ini melibatkan kos berjumlah RM73 juta.

Kata beliau, pemasangan CCTV itu juga akan dibuat di lokap mahkamah bagi tujuan yang sama, namun peruntukan itu berasingan dengan CCTV lokap.

“Bajet pemasangan CCTV ini diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) yang berlangsung di Putrajaya semalam bagi mengetahui  kejadian yang berlaku ketika seseorang itu berada dalam tahanan.

“Bagi lokap di mahkamah pula, kita difahamkan hakim dan pegawai melalui jalan yang sama dengan tahanan, sehubungan itu isu keselamatan menjadi satu persoalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat berek polis bahagian Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am di Cheras hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff.

Dalam perkembangan lain, Vui Keong berkata, kerajaan turut meluluskan peruntukan berjumlah RM100 juta bagi membaik pulih lif pejabat dan kuaters polis dalam negara.

“Kerja-kerja membaik pulih lif membabitkan 210 kuarters dan pejabat akan dilakukan sebaik pihak kontraktor terima surat perlantikan hujung bulan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Hamid menegaskan tiada bantahan daripada pihaknya berhubung pemasangan CCTV di lokap.

“Anak-anak buah saya terdedah kepada fitnah sedangkan banyak kes kematian dalam lokap berpunca daripada penyakit yang dihidap tahanan sendiri.

“Saya percaya dengan adanya CCTV ini anak buah saya dapat elak daripada tomahan sekali gus menjalankan tugas dengan lebih sempurna,” katanya.

Tags: CCTVLiew Vui KeongLokap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

16/09/2024
0

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

02/09/2024
0

Kuala Lumpur : Pasukan pendakwaan terhadap kes lelaki Israel yang berdepan dua tuduhan memiliki 200 peluru dan memperdagangkan enam pucuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd