• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Jangan Gelojoh Jual Aset Negara

oleh
22/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Putrajaya tidak seharusnya menunjukkan kelemahan sebagai pentadbiran yang terdesak mencari dana dalam menguruskan negara sehingga dilihat ghairah menjual aset kerajaan, kata Khalid Ibrahim.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, sikap gelojoh kerajaan menjual aset milik negara secara tidak langsung akan menyebabkan nilai aset berkenaan jatuh di bawah nilai pasaran.

“Kalau jual aset kerana hendak bayar hutang atau kerana hendak biayai perbelanjaan operasi, ini keadaan yang tidak akan menambah harta negara. Bermakna kita sudah mula jual kain baju kita.

“Paling saya takut adalah apabila orang tahu bahawa syarikat itu hendak bankrap, harganya akan terus jatuh. Sebab itu kita kena berjaga-jaga dalam melakukan urus niaga. Tidak boleh tunjuk kita ghairah hendak jual harta benda.

“Jika kita tidak cukup duit, orang sudah tahu. Sebagai contoh, kalau orang hendak beli syarikat bernilai RM1 juta, dia akan tawar hingga RM500,000 kerana tahu kita terdesak,” katanya dalam forum Cabaran Dasar Ekonomi Baru pada Era Malaysia Baru, di PWTC, hari ini.

Khalid berkata demikian selepas diaju soalan oleh hadirin yang hadir berkaitan keputusan Putrajaya menerusi Khazanah yang merancang untuk menjual aset kerajaan yang tidak menguntungkan.

Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan Khazanah menjual aset bagi mengurangkan beban hutang negara yang ditinggalkan kerajaan sebelum inil.

Menurut Khalid, tindakan kerajaan menjual aset akan menyebabkan ia berhadapan kesukaran dalam mencari sumber kewangan baru untuk tujuan pembangunan.

“Kita kalah dua benda. Harta sudah tidak ada lagi dan hutang pula, kita terpaksa cari duit lain untuk tambah lagi.

“Ini sukar. Kerajaan tidak ada duit, tetapi hendak buat pembangunan, selain mencari cara untuk menjaga harta supaya tidak dijual pada harga yang tidak sesuai,” ujarnya. – FMT

Tags: aset negaraKhalid Ibrahimpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

01/08/2022
0

Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim selamat disemadikan di Makam Diraja Shah Alam kira-kira 2.30 petang tadi....

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd