• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Berpilih Pemuda DAP

oleh
06/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyeru Ketua Pemuda DAP, YB Howard Lee untuk tidak membuat kenyataan berpilih yang menggunakan sirah Nabi Muhammad sebagai sandaran tidak memboikot produk keluaran orang bukan Islam. Sememangnya orang Islam amat mengenali Nabi Muhammad, utusan Allah yang menyebarkan ajaran agama Islam. Islam adalah agama yang tidak menindas dan menzalimi penganut agama lain.

2. Namun begitu, amat malang apabila penganut Islam yang kian ditindas dan tertekan disebabkan Islamofobia, merujuk kepada prasangka buruk dan diskriminasi kepada Islam dan penganut Islam. Islamofobia juga dapat dilihat dengan amalan diskriminasi terhadap orang Islam dari sudut kegiatan ekonomi, sosial dan pendidikan. Maka, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyokong kempen mendahulukan membeli barangan buatan Islam untuk membina kembali kekuatan ekonomi umat Islam. Pemuda DAP seharusnya tidak bermain dengan perkataan kerana kempen ini tidak menyebutkan perkataan “boikot” atau frasa “boikot keluaran bukan Islam”. Ini adalah manipulasi perkataan yang memberikan persepsi buruk kepada masyarakat Islam di dalam negara kita. Jangan wujudkan Islamofobia di negara kita.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengajak YB Howard Lee untuk mendalami sejarah perniagaan masyarakat Islam di Madinah bersama kalangan Yahudi dan bukan Islam. Kaum Yahudi merupakan peniaga yang menguasai sistem kewangan dan ekonomi Yathrib (Madinah). Mereka tidak mengamalkan cara perniagaan berteraskan ajaran Islam, maka kegiatan riba dan penindasan kepada pengguna berlaku dengan berleluasa. Disebabkan sekatan dikenakan oleh Kaum Yahudi ke atas peniaga kaum lain di pasar-pasar yang dikuasai mereka, Nabi Muhammad berwawasan untuk membina perniagaan berteraskan ajaran Islam. Sahabat-sahabat Nabi Muhammad membantu membina pasar-pasar untuk orang Islam berlandaskan syariat Islam di samping mengukuhkan ekonomi masyarakat Islam.

4. Apabila ekonomi masyarakat Islam bertambah kuat, pasar-pasar Yahudi ditutup kerana mengalami kerugian. Ini kerana seluruh masyarakat Madinah, tidak kira agama lebih mengutamakan pasar milik peniaga Islam yang menjalankan perniagaan yang adil kepada pengguna dan tidak menekan sesiapa. Akibatnya, peniaga Yahudi akur untuk berniaga dengan berlandaskan ciri-ciri adil yang diajar dalam Islam kepada pengguna. Di sinilah, semua kaum dan bangsa akhirnya bersama-sama berniaga di Madinah, berlandaskan syariat perniagaan Islam yang adil. YB Howard Lee sekadar mengambil cebisan sejarah diakhirnya untuk membuat kenyataan berpilih terhadap isu ini.

5. Jika Pemuda DAP, terutama ketuanya YB Howard Lee cukup berminat untuk mengambil contoh kisah Nabi Muhammad di Madinah, mengapa tidak YB Howard turut mengambil contoh sistem perundangan Islam di Madinah (hudud) dan kesusasteraan Islam di Madinah yang menggunakan seni khat untuk diterangkan kepada ahli-ahli DAP? Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) bersama-sama Gagasan Sejahtera sedia membantu YB.

Selamatkan Malaysiaku!

#SelamatkanMalaysiaku #SaveMyMalaysia #PemudaMemimpin #PemudaIkatan #Ubahbalik

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Pemuda Gagasan Sejahtera

Tags: Dewan Pemuda IKATAN MalaysiaHoward Leepemuda DAPShahir Adnan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JKDM Sita 21 Kenderaan Mewah Milik Orang Kenamaan

Next Post

Jangan Beli, Ambil Produk Skinny Lolita, Xtreme Candy – KKM

Related Posts

Howard Lee Jangan Tunggang Nama Majlis Presiden PH

01/10/2021
0

SAYA terbaca respon yang dibuat oleh ADUN Pasir Pinji, Howard Lee yang juga merupakan Ketua Pemuda Pakatan Harapan yang baru...

“Isu Air Di Kelantan”

22/03/2021
0

ISU air di Kelantan sememangnya masih menjadi topik hangat untuk diperkatakan. Ada sesetengah pihak yang menjadikan isu air di Kelantan...

Next Post

Jangan Beli, Ambil Produk Skinny Lolita, Xtreme Candy - KKM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd