• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kenangan Adib Kepada Kami Tidak Pernah Padam” – Bapa

oleh
26/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KEDAH – Hampir setahun anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia, namun kenangan dan ingatan beliau oleh keluarganya tidak pernah padam, malah doa sentiasa dititipkan oleh kedua ibu-bapanya supaya Allahyarham tenang di sana.

Bapanya, Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, berkata, beliau dan isteri, Asma Aziz, 51, setiap hari mengunjungi pusara anak ketiganya itu di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As Saadah, Kampung Tebengau, dekat sini untuk melepaskan kerinduan.

“Selepas solat Subuh di Masjid As-Saadah, mereka berdua akan mengunjungi pusara Allahyarham untuk membaca doa dan menyedekahkan surah al-Fatihah.

“Jika sehari tidak ke kuburnya kami rasa tidak lapang sebab sentiasa teringat arwah, namun selepas mengunjungi dan menatap kuburnya, kami rasa lega dan lapang,” katanya.

Menurutnya, semasa mengerjakan ibadah haji baru-baru ini beliau bersama isteri berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan segala-galanya dan dilapangkan dada mereka untuk menerima segala ketentuan.

“Syukur Alhamdulilah, sekembali dari tanah suci, hati kami lebih tenang dan tidak lagi rasa ‘berat’ seperti sebelum ini.

“Saya dan isteri tetap mengunjungi kubur arwah jika berkelapangan untuk melepaskan rasa rindu walaupun tidak pergi setiap hari seperti sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, beliau mengakui kehilangan Allahyarham Muhammad Adib satu tamparan cukup besar buat mereka sekeluarga dan sebak apabila mengenang ataupun bercerita tentang anaknya itu.

“Sungguh, kehilangannya cukup berat buat kami. Saya kadang-kadang mahu mengelak untuk bercerita tentang arwah Adib apabila mahu ditemu bual oleh wartawan sebab saya akan sebak.

“Tapi saya syukur kerana ramai yang memberikan sokongan kepada kami. Malah ada yang kami tidak kenal sanggup datang dari seluruh negara untuk berjumpa menyampaikan ucapan takziah dan menziarahi kubur arwah Adib sehingga hari ini,” katanya.

Mohd Kassim berharap keputusan prosiding inkues pada Jumaat ini mampu memberikan keadilan kepada arwah anaknya selepas 30 saksi dipanggil memberi keterangan dan 137 eksibit dikemukakan kepada mahkamah yang mana prosiding bermula pada 11 Februari lalu.

“Keputusan inkues ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh keluarga kami tetapi juga seluruh rakyat di negara ini dalam usaha mencari keadilan buat arwah,” katanya lagi.

Allahyarham Muhammad terkorban selepas rusuhan di Kuil Seri Maha Mariaman USJ 25 pada 27 November tahun lalu dan prosiding inkues dilakukan dalam mencari punca kematian anggota bomba tersebut. – Sinar Harian

Tags: anggota bombameninggal duniaMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

28/03/2026
0

MARAN – Detik cemas bertukar menjadi kisah keberanian apabila pasukan lori tangki Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bertindak pantas membantu...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd