• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Serius Ambil Tanggungjawab, Kes Adib Akan Diteliti” – AG

oleh
30/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Peguam Negara, Tommy Thomas berkata pihaknya “serius ambil tanggungjawab” dan berjanji akan meneliti kertas siasatan polis berhubung pihak yang menyebabkan kematian tragis anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dengan “sedaya upaya” sebaik diterima kelak.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini susulan keputusan mahkamah koroner Jumaat lalu, beliau berkata selepas siasatan dilengkapkan dan suspek dikenal pasti polis, kertas siasatan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dengan syor.

“Pada peringkat itu tugas jabatan ini bermula. Jabatan ini perlu meneliti kertas siasatan, mempertimbangkan syor polis, dan mendakwa inidividu-individu yang terlibat,” kata beliau.

Justeru beliau memberi jaminan pejabat pendakwa raya mengambil serius tanggungjawabnya di bawah undang-undang.

“Jabatan ini akan berusaha sedaya upaya apabila kertas siasatan diserahkan kepada jabatan ini. Kertas siasatan akan diteliti dengan berhati-hati dan secara profesional. Ini janji jabatan ini,” kata beliau lagi.

Jumaat lalu, mahkamah memutuskan kematian Muhammad Adib yang parah dalam rusuhan di premis milik pemaju berhampiran tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor, tahun lepas adalah akibat perbuatan jenayah dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. Mahkamah juga merumuskan kegagalan polis dan FRU dalam mengawal rusuhan turut menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiasat dan mengenal pasti pihak terbabit dalam kematian Muhammad Adib.

Abdul Hamid berkata, beliau akan berbincang bersama pegawainya bagi menentukan langkah seterusnya, termasuk sama ada akan memanggil semula beberapa individu yang pernah ditahan sebelum ini.

Dalam kenyataan hari ini, Thomas berkata terdapat banyak spekulasi, yang kebanyakannya memberikan maklumat yang salah, telah berbangkit berhubung langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai agensi kerajaan berikutan keputusan Koroner Rofiah Mohamad.

“Koroner telah memutuskan bahawa dua atau tiga individu telah mengakibatkan kematian Adib, dan mengarahkan pihak polis untuk menyambung siasatan mereka.

“Ketua polis negara telah memberikan maklum balas kepada orang ramai bahawa pihak polis akan menyiasat.

“Pihak polis harus diberikan masa dan ruang untuk menjalankan siasatan mereka. Pihak polis mempunyai sumber dan kepakaran untuk menjalankan tugas-tugas mereka di bawah undang-undang,” kata beliau lagi.

Malah beliau juga berkata ketua polis negara tentu sekali akan memaklumkan perkembangan siasatan pihak polis kepada orang ramai yang ingin tahu dari semasa ke semasa.

Tags: Muhammad AdibPeguam NegaraTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

TERKINI: Peguam Negara Gagal Ketepikan Prosiding Semakan Kehakiman Titah Adendum Najib

13/08/2025
0

PUTRAJAYA: Peguam Negara gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd