• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: KPM Pantau, Pelajar Ikuti Pembelajaran Dalam Talian

oleh
20/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan diteruskan secara dalam talian sekiranya penutupan sekolah berlarutan ekoran masalah jerebu, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan memantau rapi situasi jerebu di negara ini terutamanya menjelang ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dijadualkan bermula 30 September ini.

“Sekiranya ini (jerebu) berlanjutan, kita akan ambil tindakan yang sama seperti insiden yang berlaku di Pasir Gudang (Johor) iaitu meminta guru terlibat untuk meneruskan sesi PdP melalui dalam talian,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Hadiah bagi Pertandingan Menulis Esei ‘DKLS Linguistic Ambassador Award’, di sini hari ini.

Malah, katanya guru-guru dinasihatkan untuk memberi tugasan kepada pelajar yang sedang bercuti sekarang melalui Google Classroom kerana sekolah ditutup, sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif.

Sekolah-sekolah di beberapa negeri ditutup beberapa hari setelah bacaan Indeks Pencemaran Udara melebih 200.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Mengenai ‘DKLS Linguistic Ambassador Award’, Teo berkata pertandingan yang memasuki tahun keempat itu telah menarik penyertaan seramai 20,582 orang pada tahun ini berbanding 8,529 orang pada 2016.

Pertandingan itu bertujuan meningkatkan kecemerlangan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan 5 serta mengukuhkan penguasaan dan kemahiran penulisan kreatif peserta dalam bahasa itu.

Tags: JerebuKPMpelajarSekolahTeo Nie Ching
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PDPR, BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47: KPM

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PDPR, BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47: KPM

18/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 102 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberi kebenaran melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd