• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: IPU Johan Setia Turun, Kuching, Samarahan Kekal

oleh
19/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan tempat di Semenanjung berkurangan pagi ini termasuk di Johan Setia, Klang yang berada pada paras tidak sihat (188) setakat 7 pagi ini berbanding sangat tidak sihat (231), tengah malam tadi.

Bagaimanapun, bacaan IPU di Kuching dan Samarahan di Sarawak masing-masing meningkat daripada 243 kepada 271 dan 213 kepada 229 bagi tempoh yang sama iaitu kekal dalam kategori sangat tidak sihat.

Sementara itu, seramai 1.73 juta pelajar bercuti hari ini dan esok kerana sesi persekolahan di 2,459 sekolah di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan dibatalkan berikutan bacaan IPU melepasi 200 di kawasan terlibat.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia malam tadi, enam negeri yang terlibat itu adalah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak sementara Wilayah Persekutuan yang terlibat adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataan pagi ini berkata sebanyak 809 sekolah di 17 daerah ditutup pada pagi ini berbanding 373 sekolah seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan malam tadi.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. 

Tags: indeks pencemaran udaraJerebu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Catat IPU Pencemaran Udara Ketiga Tertinggi Dunia

Next Post

809 Sekolah Di Sarawak Ditutup Akibat Jerebu

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

Next Post

809 Sekolah Di Sarawak Ditutup Akibat Jerebu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd