• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Bacaan IPU Semenanjung Menurun, Sarawak Meningkat

oleh
19/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sementara kebanyakan kawasan di Semenanjung menunjukkan penurunan dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 12 tengah hari ini, enam kawasan di Sarawak terus menyaksikan peningkatan dalam bacaan IPU dengan Mukah menjadi lokasi terbaharu mencatatkan IPU sangat tidak sihat. 

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Mukah meningkat kepada 208 berbanding 197 pada pukul 8 pagi tadi. 

Bacaan IPU di Kuching dan Samarahan di Sarawak pula kekal dalam kategori sangat tidak sihat apabila masing-masing mencatat bacaan 270 dan 224. Turut mencatat IPU sangat tidak sihat di Sarawak ialah Sibu (245), Sarikei (237), Sri Aman (212). 

Dalam pada itu, di Semenanjung kebanyakan kawasan menunjukkan penurunan dalam bacaan IPU termasuk Johan Setia di Klang dengan bacaan 169 (tidak sihat) berbanding 260 (sangat tidak sihat) pada 3 petang semalam. 

Bagaimanapun, bilangan kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat dengan IPU melebihi 101 meningkat kepada 39 hari ini berbanding 35 semalam. Antara kawasan dalam kategori tidak sihat adalah Sungai Petani (125) dan Kulim Hi-Tech (119) di Kedah; Balik Pulau (184), Minden (159) Seberang Jaya (134) serta Seberang Perai (119) di Pulau Pinang selain empat kawasan di Perak melibatkan Taiping (121), Tasek Ipoh (145), Pegoh Ipoh (112) dan Seri Manjung (105).

Kawasan lain yang mempunyai bacaan IPU tidak sihat ialah Batu Muda (134) dan Cheras (144) di ibu negara, Putrajaya (145) serta empat stesen di Selangor melibatkan Kuala Selangor (119), Petaling Jaya (156), Klang (131), Banting (145) dan Johan Setia Klang (169).

Turut menyaksikan kualiti udara tidak sihat ialah di Nilai (160), Seremban (128) dan Port Dickson (164) di Negeri Sembilan manakala Alor Gajah (135), Bukit Rambai (143) dan Bandaraya Melaka (140) di Melaka. 

Di Johor tujuh kawasan merekod bacaan tidak sihat melibatkan Segamat (139), Batu Pahat (130), Kluang (131), Larkin (144), Pasir Gudang (112), Kota Tinggi (109) dan Tangkak (135).

Empat kawasan di Sarawak turut mencatat IPU tidak sihat iaitu ILP Miri (107), Miri (107), Samalaju (134), Bintulu (147) selain tiga kawasan di Terengganu iaitu Kemaman (107), Paka (108) dan Kuala Terengganu (125). 

Sebanyak 23 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatat IPU sederhana. 

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.

Tags: indeks pencemaran udaraJerebusarawaksemenanjung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd