• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ringankan Peristiwa Memali – Khalid Samad

oleh
13/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Khalid Samad tidak berpuas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkenaan reaksi keluarga mangsa peristiwa Memali 1985 ketika PAS dan UMNO bersiap sedia untuk memuktamadkan kerjasama esok.

Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata kenyataan Takiyuddin seolah-olah isu Memali hanya mainan politik dan tidak lagi menjadi isu apabila PAS dan UMNO berdamai dan menjalin kerjasama.

“Tidak sepatutnya peristiwa yang sebegitu rupa diringankan,” katanya kepada pemberita di majlis Maal Hijrah di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Semalam, Takiyuddin berkata PAS yakin keluarga mangsa peristiwa Memali yang berlaku lebih 30 tahun lalu itu sudah memaafkan UMNO ketika kedua-dua parti bersiap sedia untuk memeterai piagam kerjasama esok.

Takiyuddin berkata peristiwa pahit yang dialami PAS dan UMNO, termasuk tragedi Memali, menjadi kecil berbanding agenda besar penyatuan ummah.

UMNO merupakan parti pemerintah ketika pertempuran berlaku antara orang kampung dan polis di Baling, Kedah pada 1985. Perdana menteri ketika itu adalah Dr. Mahathir Mohamad, sekarang pengerusi Pakatan Harapan.

Penerimaan keluarga mangsa peristiwa Memali menjadi perhatian selepas UMNO mengingatkan Mahathir belum memohon maaf atas peristiwa berdarah itu, selepas perdana menteri berkata PAS perlu menarik balik Amanat Hadi 1981 sebelum memuktamadkan kerjasama dengan UMNO.

Khalid hari ini berkata Amanah melihat ada banyak isu dalam kes Memali yang perlukan penjelasan.

“Bagi Takiyuddin mengeluarkan kenyataan bahawa ianya perkara kecil seolah-olah tiada pengajaran yang boleh kita ambil daripadanya,” katanya.

Beliau menambah perdamaian dan kerjasama politik tidak mengubah hakikat bahawa tragedi telah berlaku.

“Sedangkan nyawa terkorban di pihak polis dan juga pihak orang kampung,” katanya. – FMT

Tags: Khalid SamadMahathir MohamadPAStragedi memaliUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd