• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Beri Peluang Kedua Pihak Salah Guna AP

oleh
08/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak yang menyalahgunakan Lesen Import (AP) tidak seharusnya diberi peluang kedua dan lesen mereka perlu ditarik balik sebagai amaran kepada orang lain.

Penganalisis jenayah, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, Malaysia boleh menyelamatkan berbilion ringgit dengan menguatkuasakan undang-undang yang ketat selain permit tidak diberikan kepada orang yang sama pada masa akan datang supaya tidak ada pihak berani melakukan jenayah itu.

“Tarik balik (AP), letak ‘noktah’ dan jangan bagi balik. AP ini selalunya dijual, kita patut beri kepada usahawan yang benar-benar nak lakukan tugas dan tidak melakukan kesalahan dari segi undang-undang.

“Kita kena tegas mengenai cukai sebab orang yang import kereta, mereka kaya, ada AP dan ia percuma. Kemudian untung lagi banyak, lagi nak tipu. Ini perkara tidak bagus dan sepatutnya bagi syarikat yang menyeleweng, MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) patut tarik balik AP itu,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menambah bajet untuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi membolehkan jabatan itu mempunyai teknologi yang canggih.

“Kadangkala sindiket ni ada alat yang lebih canggih daripada kita. Juga pastikan tempat kerja Kastam dari segi tempat operasi itu supaya lebih sesuai (kerana) itu boleh beri perangsang dan menyebabkan mereka bertugas dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Kastam perlu melakukan semakan semula dengan terperinci dokumen tertentu bagi memastikan ia sah.

“Maknanya dia (penguat kuasa) kena gabung dengan sistem supaya tidak diambil kesempatan oleh sindiket yang biasa dan pandai berkaitan isu AP, isu cukai dan berbagai lagi.

“Mungkin kena ada semakan semula, contohnya macam IC (kad pengenalan), IC memang boleh buat tetapi apabila disemak secara dalam talian bukan nama sebenar dan macam-macam lagi,” katanya.

JKDM dilaporkan berjaya menumpaskan cubaan menyeleweng dokumen pengimportan 21 kereta mewah bernilai RM12.2 juta dalam dua serbuan berasingan di Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lepas.

Tags: JKDMKastamlesen importsindiket
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tema Perpaduan Ummah Kekal – Asyraf Wajdi

Next Post

KKM Bentang Akta Baharu Kawal Vape, Shisha Mac Depan

Related Posts

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

14/06/2025
0

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan empat cubaan menyeludup keluar dua jenis dadah dianggarkan seberat 22,348 gram...

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Next Post

KKM Bentang Akta Baharu Kawal Vape, Shisha Mac Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd