• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ Di Pulau Pinang

oleh
11/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Kerajaan negeri Pulau Pinang beranggapan kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ yang yang dilancarkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan di negeri itu Ahad lepas sebagai tidak produktif dan meminta agar kempen itu dihentikan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri tidak bercadang untuk campur tangan dalam kempen itu yang dianggap tidak baik untuk sistem ekonomi pelbagai bangsa dan kerharmonian masyarakat.

Beliau berkata, kempen itu akan menjadi usaha yang sia-sia dan tidak produktif kepada ekonomi dan harus dibatalkan.

“Saya dimaklumkan bahawa kempen itu dibatalkan … tetapi jika ia masih aktif maka ia harus ditamatkan kerana ia tidak baik untuk ekonomi. Jika anda bercakap tentang mempromosikan produk bumiputera, tiada siapa yang akan membantahnya tetapi apabila anda bercakap mengenai pemulauan produk bukan Islam maka ia akan membuahkan hasil yang sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan In.Tech di sini.

“Biarkan mereka (penganjur kempen) memberi alasan mengapa ia perlu diteruskan. Kita merasakan bahawa ia tidak perlu kerana seperti yang kita katakan kempen itu tidak baik bagi ekonomi dan keharmonian masyarakat…penganjur kempen harus bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka perlu meneruskan kempen sedemikian,” katanya.

Ahad lalu Gerakan Pembela Ummah (Ummah) telah memulakan kempen Beli Produk Muslim Dahulu di Pulau Pinang dengan matlamat untuk menaikkan kuasa beli umat Islam di Pulau Pinang dan pada masa yang sama , membantu komuniti perniagaan Islam di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan Ummah, Mohd Zai Mustafa berkata Pulau Pinang dipilih kerana negeri ini mempunyai ekosistem perniagaan yang baik dan merupakan salah sebuah bandar terbesar di wilayah utara.

Tags: beli produk muslim dahuluDAPkempenPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd