• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Datuk Maimumah’ Dipenjara 3 Tahun, Denda RM1.75 Juta

oleh
26/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan wanita warga Vietnam bergelar Datuk dihukum penjara tiga tahun dan didenda RM1.75 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memberi rasuah RM350,000 kepada pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dua tahun lalu.

Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu ke atas Tran Thi Mai, 43, atau lebih dikenali sebagai Datuk Maimunah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan kes itu.

Bagi pertuduhan pertama , mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM1.5 juta atau gagal bayar 12 bulan penjara.

Sementara bagi pertuduhan kedua, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM250,000 atau gagal bayar enam bulan penjara.

Rozina memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula hari ini.

Dalam penghakimannya, Rozina berkata mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti hujahan dan keterangan saksi  kedua-dua pihak.

“Mahkamah juga mendapati pihak pembelaan gagal memberikan penjelasan untuk mematahkan anggapan di bawah Seksyen 50 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah secara rasuah memberi wang berjumlah RM300,000 kepada Muhammad Sani Abdullah, 31, bagi pihak Amran Daud, 55, yang merupakan Pengarah Maritim Daerah Sedili, Johor.

Wang itu didakwa sebagai sebagai dorongan untuk melepaskan tiga buah bot nelayan Vietnam yang ditahan APMM Tanjung Sedili, Kota Tinggi, yang disyaki melakukan kesalahan menceroboh perairan Malaysia untuk menangkap hasil laut.

Wanita empat anak itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Hot Gossip Cafe, Hotel Park Royal, Jalan Bukit Bintang, di sini, antara pukul 6.30 petang dan 7.30 malam, 2 Mei lalu 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Thi Mai didakwa melakukan perbuatan sama berjumlah membabitkan jumlah RM50,000, bagi melepaskan sebuah bot nelayan Vietnam, di Restoran Starbucks, Pearl Point Shopping Mall di sini, pukul 4 petang, 12 Mei 2017 mengikut seksyen sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Mohamad Fadhly Mohd. Zamry memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan alasan kesalahan rasuah yang dilakukan tertuduh adalah serius selain melibatkan jumlah yang besar iaitu RM350,000.

“Saya memohon supaya mahkamah memberikan hukuman berat kepada tertuduh agar dapat memberi pengajaran kepada tertuduh tetapi juga masyarakat lain supaya tidak melakukan kesalahan sama,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh, yang diwakli peguam Haijan Omar memohon hukuman penjara dan denda minimum kerana anak guamnya tidak mempunyai kesalahan lampau.

“Anak guam saya merupakan seorang ibu tunggal dan perlu menjaga empat anaknya yang masih bersekolah. Anak guam saya telah tinggal di Malaysia sejak tahun 2017 dan dia datang ke negara bukan untuk niat jahat,” katanya.

Dalam prosiding sama, Haijan turut memohon pelaksaan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah permohonan itu dan sekiranya mahkamah membenarkan penangguhan tersebut pendakwaan memohon jumlah jaminan dinaikan dan pasport di simpan oleh mahkamah.

Selepas mendengar, permohonan kedua-dua pihak Rozina menolak penangguhan hukuman tersebut.

“Mahkamah berharap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada kamu dan warga negara asing yang lain untuk tidak melakukan kesalahan yang sama di negara ini,” katanya.

Sepanjang perbicaraan yang bermula Disember 2017 seramai 38 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.

Tags: hukuman dendaHukuman PenjaraWarga Vietnam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sudah Masanya Sistem Cukai Negara Dirombak

Next Post

Mahathir Pertahan Hak Kebebasan Bersuara Komen Terhadap Yahudi

Related Posts

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

19/05/2025
0

KLANG – Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah...

Hukuman Penjara Lelaki Bunuh Anak Kekasih Kekal

Hukuman Penjara Lelaki Bunuh Anak Kekasih Kekal

06/02/2025
0

Putrajaya : Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan terhadap seorang bekas kontraktor kerana membunuh...

Next Post

Mahathir Pertahan Hak Kebebasan Bersuara Komen Terhadap Yahudi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd