• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banduan Rakam Video Dalam Penjara Dakwa Tidak Bersalah

oleh
10/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang banduan lelaki yang dikatakan sedang menunggu hukuman gantung di Pengkalan Chepa di sini, merakam video dengan mendakwa dirinya tidak bersalah dalam kes membunuh, sehingga menjadi viral dalam media sosial sejak semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu memaklumkan dia dipenjara sejak berusia 19 tahun atas dakwaan membunuh, namun sehingga sekarang tidak mengetahui bila hukuman akan dijalankan.

Katanya menerusi rakaman berdurasi empat minit 24 saat itu, dia membuat video berkenaan kerana mahu rakyat Malaysia membantu memandangkan dirinya tidak bersalah dan tidak membunuh seperti didakwa.

“Saya tunggu nak jalankan hukuman gantung. Sekarang empat orang termasuk saya tunggu hukuman gantung yang tak tahu bila akan dijalankan.

“Sekarang saya dapat satu peluang ini saja (rakam video) kerana saya cakap sebelum ini tidak laku. Masa kena tangkap saya umur 19 tahun iaitu pada 2002 dan sekarang umur saya 37 tahun.

“Masa itu saya tidak tahu mana baik dan mana tidak baik, namun saya tidak bunuh. Masa kejadian memang saya ada (di lokasi).

“Sumpah demi Allah saya dan tangan ini tak bunuh tetapi saya pula kena tanggung. Saya minta tolong rakyat Malaysia dan orang awam supaya ‘share’ video ini. Saya harap mereka dapat ulang kaji balik kes saya,” katanya dalam rakaman itu.

Katanya, rakaman yang dibuat pada jam 8.30 pagi pada 2 September lalu itu adalah jalan terakhir buatnya.

“Saya minta tolong dan minta ampun kerana saya pun ada perasaan. Manusia tidak lepas daripada buat kesilapan.

“Saya harap orang awam dan kerajaan tahu kes ini kerana saya tidak bersalah tetapi perlu jalani hukuman penjara,” katanya.

Sementara itu, usaha BH untuk meminta kenyataan daripada Pengarah Penjara Kelantan, Timbalan Komisioner Penjara, Hamzani Che Ibrahim tidak berhasil.

Sumber penjara Pengkalan Chepa berkata, mereka diarahkan oleh ibu pejabat supaya tidak memberi sebarang kenyataan termasuk daripada Pengarah kerana perkara itu masih dalam siasatan. – BH Online

Tags: banduanHukuman GantungKelantanRakaman Videoviral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd