• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Akhirnya Terbukti Saya Tidak Reka Cerita” – Narresh

oleh
27/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Salah seorang saksi utama prosiding inkues anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim melahirkan rasa syukur dengan keputusan inkues yang diumumkan hari ini.

R. Narresh, 30, menyifatkan Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil dan mempertimbangkan semua keterangan tanpa bias kepada mana-mana pihak.

“Selama ini saya menerima cacian dan hinaan kerana kononnya ‘bias’ ketika memberi keterangan berhubung apa yang menimpa Muhammad Adib, hari ini akhirnya terbukti yang saya tidak mereka-reka cerita atau menokok tambah mengenai kejadian tersebut.

“Sesungguhnya Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil ternyata keterangan kami yang benar-benar berada di tempat kejadian telah diambil kira,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysia Gazette hari ini.

Kata Narresh, beliau percaya hakim tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan malah bukan dirinya sahaja dipanggil dalam inkues itu.

“Dalam erti kata lain, hakim bukan mendengar cerita sebelah pihak semata-mata, beliau bukan dengar keterangan saya sahaja, jadi saya percaya beliau adil dalam keputusannya.

“Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya keadilan telah memihak kepada Muhammad Adib walaupun mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan belum dapat dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Narresh merupakan individu yang mengangkat Muhammad Adib yang ketika itu sedang dalam kesakitan ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda dan memangkunya sehingga ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC). – UTUSAN ONLINE

Tags: anggota bombaIndiainkuesMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

PAIP Bantu Padam Kereta Terbakar, Tindakan Pantas Elak Kejadian Lebih Buruk

28/03/2026
0

MARAN – Detik cemas bertukar menjadi kisah keberanian apabila pasukan lori tangki Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bertindak pantas membantu...

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd