• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Cemar Duli Ziarah Mangsa Kebakaran Di Tawau

oleh
02/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menziarahi mangsa kebakaran Kampung Otentik, Tanjung Batu Keramat dekat sini hari ini bagi memenuhi hasratnya untuk bersama rakyat yang ditimpa musibah.

Seri Paduka bertitah bahawa baginda terpanggil untuk menziarahi mangsa kampung itu setelah mengetahui kejadian kebakaran itu ketika baginda berada di Jakarta, Indonesia.

“Apabila saya terbaca dan terlihat dalam berita mengenai kejadian kebakaran di sini (Kampung Otentik), hati saya memang sudah terpanggil agar beta mesti datang ke sini kerana saya hendak merasai kesusahan dan keperitan yang dilalui mangsa kebakaran.

“Pada Hari Kebangsaan lepas, kebetulan ada satu kejadian kebakaran di sebuah perkampungan di Sungai Lembing, Pahang, tetapi saya sudah komited untuk ke Tawau dahulu dan kemudian, saya akan berkunjung ke Pahang,” titahnya ketika menziarahi mangsa kebakaran kampung itu di Masjid Al-Mukarramah, Tanjung Batu Keramat dekat sini.

Untuk itu, Seri Paduka melahirkan penghargaan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr. Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta jabatan dan agensi terlibat kerana menjayakan ziarah baginda ke kampung itu.

Baginda turut mengajak rakyat untuk memberi penghargaan kepada pasukan penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia atas tindakan pantas pasukan berkenaan untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke lebih banyak rumah dan tanpa melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Saya menganggap kehadiran kita bersama di sini sebagai satu rahmat daripada Allah supaya kita ingat dan bersabar serta mempelajari musibah yang dilalui.

“Saya telah mendengar (taklimat kejadian oleh JBPM) dan memperhatikan kedudukan rumah di kampung ini yang dibina agak rapat dan boleh mendatangkan bahaya.

“Saya berharap kerajaan dapat mengkaji mengenai (rancangan) bina semula rumah untuk mangsa dan saya berdoa agar rumah dibina selamat diduduki,” titahnya lagi.

Pada lawatan Seri Paduka, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 87 ketua isi rumah yang terjejas oleh kebakaran pada malam 26 Ogos lepas itu.

Baginda turut mendengar taklimat kejadian kebakaran itu oleh Pengarah JBPM Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah dan meninjau tapak kejadian yang telah memusnahkan 69 rumah dan mengakibatkan 511 orang tinggal sehelai sepinggang.

Tags: Mangsa KebakaranSabahYang di-Pertuan Agongziarah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd