• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakah Mereka Telah Didaftarkan Sebagai Pengundi?

oleh
13/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Isu menjual warganegara kepada rakyat China merupakan satu perkara serius yang perlu disiasat secara menyeluruh.

Selain pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terhadap isu penjualan dokumen pengenalan diri MyKad ini, beberapa aspek lain juga perlu diteliti seperti menyiasat adakah mereka juga telah didaftarkan sebagai pengundi.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya yang menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera menyiasat perkara itu.

“Disamping menyiasat kes penjualan kad pengenalan ini, pihak polis dan SPR perlu menyiasat juga pendaftaran mereka sebagai pengundi.

“Adakah mereka ini telah didaftar? Jika telah didaftar, di mana, bila dan siapa perantara untuk uruskan pendaftaran ini,” soalnya yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri di sini hari ini.

Kelmarin, polis mendedahkan berjaya membongkar sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga China yang didalangi pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang.

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad sah namun didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dipercayai berlaku pada Mei lalu.

Semalam, Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd. Faizul Ariffin, 34, merupakan antara enam individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang berhubung sindiket penjualan sijil kelahiran dan MyKad sah kepada warga asing.

Sementara itu, Fathul Bari yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar turut berharap tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mereka yang disifatkan sebagai pengkhianat negara itu. – UTUSAN ONLINE

Tags: Jabatan Pendaftaran NegaraMyKadSijil KelahiranWarga China
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

27/09/2025
0

SANDAKAN: Sejumlah 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara sejak kerajaan mengumumkan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd