• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Fitnah Zakir, Jangan Putar Belit! – Annuar Musa

oleh
15/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan orang ramai supaya tidak memutar belitkan ucapan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik berhubung isu kesetiaan masyarakat Hindu dan masyarakat Cina adalah tetamu di negara ini. 

Peringatan itu diberikan menerusi ciapan dalam akaun Twitter rasminya di sini pagi ini sebagai membalas ciapan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mempertikaikan ucapan Zakir tersebut. 

“Jangan putar belitkan kenyataan penuh dan konteks ucapan Zakir. Saya ikuti teks penuh ucapan yang panjang pada 8 Ogos lalu. Saya juga hadir di stadium pada 9 Ogos lalu. Usah memfitnah,” tegasnya di sini hari ini. 

Syed Saddiq menerusi ciapan dalam Twitter rasminya semalam berkata, orang Cina Malaysia bukan tetamu tetapi warganegara yang cintakan negara bertuah ini.

“Kekuatan Malaysia adalah terletak kepada kesatuan rakyatnya. Cukuplah perlekehkan kesatuan dan kesetiaan kita. Saya kenal ramai orang Cina dan India yang sanggup mati pertahankan negara tercinta kita,” katanya. 

Semalam, sebuah portal melaporkan kononnya Zakir memberikan kenyataan pedas terhadap kaum Cina di Malaysia sebagai respons balas atas gesaan pengkritiknya supaya beliau keluar dari negara ini.

Kenyataan itu dibuat pada satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu, dan beliau turut mengeluarkan kenyataan berkaitan penganut Hindu yang menurutnya lebih percaya dengan Perdana Menteri India berbanding Malaysia.

“Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu. Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang.

“Kaum Cina, kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini, mungkin generasi baru, ya (lahir di sini),” katanya. 

Dalam pada itu, Zakir menerusi kenyataan semalam mendakwa, kenyataan beliau berhubung isu kesetiaan masyarakat India di negara ini telah disalah tafsir. 

Menurutnya, terdapat pihak-pihak terdesak yang menyaksikan ceramah beliau semata-mata mahu mencari kesalahan. 

Namun ujarnya, mungkin mereka gagal mencari apa yang dihajati maka pihak-pihak berkenaan telah bertindak melakukan perkara tidak jujur. – UTUSAN ONLINE

Tags: Annuar MusacinaIndiapendakwah antarabangsaZakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

8,000 Calon Muncul Untuk 187 Kerja Kosong Kerajaan…Landasan Kapal Terbang Terpaksa Diubah Jadi ‘Dewan Peperiksaan’

8,000 Calon Muncul Untuk 187 Kerja Kosong Kerajaan…Landasan Kapal Terbang Terpaksa Diubah Jadi ‘Dewan Peperiksaan’

21/12/2025
0

SAMBALPUR, INDIA – Sebuah landasan kapal terbang di negeri Odisha, India, mencuri perhatian dunia apabila ditukar menjadi dewan peperiksaan sementara...

Kontroversi Di Patna: Nitish Kumar Dipersoal Lepas Tanggalkan Tudung Doktor Muslim

Kontroversi Di Patna: Nitish Kumar Dipersoal Lepas Tanggalkan Tudung Doktor Muslim

16/12/2025
0

PATNA: Satu kontroversi tercetus di Bihar, India, selepas Ketua Menteri negeri itu, Nitish Kumar, dirakam menanggalkan tudung seorang doktor Muslim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd