• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Insiden Bom Di Bangkok Pernah Lawat Malaysia

oleh
06/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Dua suspek yang ditahan kerana didakwa meletakkan alat letupan di tepi jalan berhampiran ibu pejabat Polis Diraja Thailand di Jalan Rama I beberapa hari lepas, didapati pernah melawat Malaysia beberapa kali sebelum ini.

Ketua Biro Imigresen Thailand, Lt. Jen. Polis Sompong Chingduang berkata rekod perjalanan serta rakaman kamera keselamatan di pusat pemeriksaan Imigresen di Narathiwat menunjukkan kedua-dua suspek dari Narathiwat itu pernah melintasi sempadan.

“Kami sudah temui rekod perjalanan suspek, dan juga rakaman video yang menunjukkan wajah mereka dengan jelas,” katanya kepada media di sini.

Kedua-dua suspek ditahan di Chumphon, Jumaat, kerana disyaki meletakkan alat letupan berdekatan dengan ibu pejabat Polis Diraja Thailand, namun bom itu berjaya dimatikan sebelum meletup.

Dalam kejadian Jumat lepas, beberapa siri letupan di lima lokasi di ibu kota Bangkok mengakibatkan empat orang tercedera.

Kedua-dua lelaki itu ditahan selama tujuh hari di bawah Undang-undang Darurat Thailand bagi membantu siasatan.

Sompong bagaimanapun enggan mendedahkan butir-butir lanjut perjalanan kedua-dua suspek itu, atau sekiranya masih ada suspek yang mengiringi kedu-dua lelaki itu, yang sedang dicari pihak berkuasa.

Katanya Ketua Polis Diraja Thailand, Jen Polis Chakthip Chaijinda telah mengarahkan pegawai imigresen supaya meningkatkan pemeriksaan keselamatan di semua pintu sempadan negara.

Tags: alat letupaninsiden bomThailand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Serangan Di Christchurch Syukur Jadi Tetamu ALLAH

Next Post

UMNO Atau Proksi Tiada Kepentingan Dalam MyEG

Related Posts

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

20/03/2025
1

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram...

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

Suspek Kes Tembak Cari Khidmat Bot Dari Pulau Ketam Ke Thailand – Penduduk

18/02/2025
0

PULAU KETAM - Seorang penduduk di sini mendakwa didatangi lelaki yang mahu mencari khidmat bot untuk ke Thailand. IKUTI CHANNEL...

Next Post

UMNO Atau Proksi Tiada Kepentingan Dalam MyEG

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd