• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Brunei Yakin Kewibawaan, Kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SERI BEGAWAN – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bertitah menzahirkan keyakinan baginda terhadap kewibawaan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerajui Malaysia.

Sultan Hassanal bertitah, Seri Paduka akan sentiasa dihormati dan dikasihi serta mampu menerajui pemerintahan yang cemerlang berkat usaha Al-Sultan Abdullah yang terus-menerus menitikberatkan kebajikan serta memelihara perpaduan rakyat.

Sultan Hassanal berharap semangat persaudaraan dan persahabatan yang rapat dan mesra antara kedua-dua negara akan sentiasa berterusan.

“Malaysia adalah merupakan antara rakan niaga terbesar bagi Negara Brunei Darussalam yang sudah setentunya akan terus menyumbang kepada pertumbuhan bersama ekonomi negara kita masing-masing.

“Melalui hubungan yang akrab ini, kita telah menikmati rangkaian kerjasama yang berterusan di pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pertahanan, keselamatan dan pendidikan demi kepentingan bersama,” titah Sultan Hassanal pada Majlis Persantapan Diraja di Dewan Santapan Utama Istana Nurul Iman, di sini malam ini.

Majlis itu bersempena Lawatan Negara Pertama selama tiga hari Al-Sultan Abdullah ke Brunei sejak baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.

Sultan Hassanal berharap semangat persaudaraan dan persahabatan yang rapat dan mesra antara kedua-dua negara akan berterusan.

Sultan Brunei turut merakamkan penghargaan kepada kira-kira 20 ribu rakyat Malaysia di negara itu yang menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Brunei.

Sultan Hassanal bertitah sebagai negara Nusantara Melayu yang berkongsi tamadun, institusi beraja, budaya, bahasa dan agama, perlu bagi kedua-dua negara itu memelihara dan pertahan daripada terhakis oleh pengaruh sosiobudaya asing terutamanya dalam dunia tanpa sempadan.

Tags: Al-Sultan AbdullahBruneiSultan Hassanal BolkiahYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

Agong Kurnia DMIJ Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas, Juruiring Pemangku Sultan Johor

14/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd