• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status PR Pun Tidak Terlepas Undang-Undang Negara

oleh
26/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesiapa yang menyentuh sensitiviti kaum sehingga mencetus ketidakstabilan negara tidak akan terlepas daripada undang-undang negara, termasuk mereka yang mendapat status Pemastautin Tetap (PR), kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sekiranya warganegara tertakluk kepada undang-undang, mereka yang berstatus PR lebih-lebih lagi perlu patuh kerana taraf PR dianggap sebagai satu anugerah.

“Dr. Zakir Naik sama semua…ada masyarakat Islam nak pertahan dia, betul, dia seorang penceramah dan tokoh (Islam) tetapi kalau dia sentuh hal-hal tertentu macam sekarang, kita tak boleh biar juga. Kalau sebab itu tercetus keadaan ketidakstabilan kerana rasa tidak puas hati yang merebak meluas, adakah kita nak berdiam diri.

“Ada sempadan yang dia harus patuh, sama ada PR atau warganegara, dia tak terkecuali, tak mengatasi undang-undang yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Mengenai Nilai Keagamaan dalam Mencegah dan Membalas Ekstremisme Keganasan (PCVE), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini siasatan polis terhadap penceramah bebas warganegara India, Zakir yang dilapor membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut Hindu dan kaum Cina di Malaysia ketika ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan.

Tags: Muhyiddin YassinPemastautin Tetappenceramah bebasZakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd