• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan PAC Isu Tanah DBKL Tiada Kaitan Kes Ku Nan

oleh
23/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen berhubung isu penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tiada kaitan dengan kes perbicaraan membabitkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pengerusinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, jawatankuasa itu telah memulakan prosiding pertama berhubung isu terbabit pada 4 April lalu selepas semua ahli jawatankuasa bersetuju menyiasat bagi memastikan penjualan tersebut berjalan mengikut prosedur dan undang-undang.

Kata beliau, sehingga 20 Ogos lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad; wakil Peguam Negara yang juga Peguam Cara Negara II, Datuk Siti Zainab Omar dan bekas Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull antara dipanggil memberi keterangan dalam prosiding tersebut.

“Saya ingin menegaskan prosiding PAC Parlimen berhubung isu ini tidak mempunyai kaitan dengan kes mahkamah yang sedang berlangsung membabitkan bekas Menteri Wilayah.

“Setiap prosiding berhubung isu ini, PAC dibantu sepenuhnya oleh wakil Jabatan Peguam Negara, Jabatan Audit Negara (JAN) dan SPRM dalam memastikan maklumat yang diberi tidak dianggap subjudice serta menganggu perbicaraan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, JAN juga dipersetujui untuk melaksanakan proses audit khas berhubung penjualan tanah milik DBKL dan laporannya akan dibentangkan kepada PAC.

“Proses audit khas ini perlu dilaksanakan dalam membantu PAC menyiapkan laporan berhubung isu tersebut sebelum dapat dibentangkan ke Parlimen, walau bagaimanapun jawatankuasa belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembentangan tersebut,” katanya.

Pada 2 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menutup kes perbicaraan membabitkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas memanggil 23 saksi pendakwaan.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 3 September depan untuk Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim memfailkan hujahan bertulis, manakala 18 September depan untuk peguam bela Datuk Tan Hock Chuan memfailkan hujahan balas.

Diikuti, pada 4 dan 11 Oktober depan untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujahan dan klarifikasi.

Tags: DBKLnoraini ahmadPACTengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

Pegawai Kanan Dalam ‘Top 5’ DBKL, 2 Kontraktor Ditahan Kes Rasuah Projek IT

Pegawai Kanan Dalam ‘Top 5’ DBKL, 2 Kontraktor Ditahan Kes Rasuah Projek IT

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi. BH difahamkan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd