• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tak Pernah Tawar Diri Sertai Kabinet” – Anwar

oleh
30/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah menawarkan diri untuk menyertai Kabinet yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini.

Sebaliknya, kata Anwar, beliau akan menunggu sehingga gilirannya tiba untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

“Saya tidak pernah mengusulkan atau bercadang sertai Kabinet. Saya terikat dengan konsensus PH iaitu saya akan memberikan ruang sepenuhnya kepada Tun Mahathir untuk mengetuai Kabinet ketika ini.

“Maka, tidak timbul isu sama ada saya mahu menjadi sebahagian daripada Kabinet,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr. Mahathir semalam bahawa tiada jawatan kosong dalam Kabinet untuk diisi oleh Anwar setakat ini.

Hal ini kerana, menurut Dr. Mahathir, tiada ahli Kabinet yang mahu melepaskan jawatan masing-masing untuk diberikan kepada Anwar.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada akan mempelawa Anwar untuk menyertai barisan Kabinet memandangkan gandingan mereka berdua dikatakan serasi dan baik untuk negara.

Sementara itu, Anwar bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin bahawa hanya takdir akan menentukan beliau menjadi Perdana Menteri atau tidak.

“Betul, hidup mati semua itu takdir,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, tiada jawatan kosong dalam Kabinet untuk diisi oleh Anwar setakat ini.

Beliau berkata, ini kerana tiada ahli Kabinet yang mahu melepaskan jawatan masing-masing untuk diberikan kepada Anwar. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadRombakan KabinetZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd