• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanggup Korban ‘Merah’ Si Lembu Sado RM25,000

oleh
08/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Seekor lembu sado seberat 1,300kg atau mesra dipanggil ‘Merah’ yang mencecah nilai RM25,000 sedia untuk dikorbankan sempena sambutan Aidiladha pada Ahad ini jika ada permintaan.

Penternak lembu jantan baka Limousin berkenaan Ab Rahim Salleh, 74 berkata walaupun ternakan miliknya yang berusia tiga tahun setengah itu hanya dibela sebagai hobi namun beliau tidak akan menolak jika ada permintaan mereka yang mahu membelinya bagi menyempurnakan ibadah korban nanti mahupun kenduri atau majlis keraian.

“Sambutan di negeri ini memang tidak banyak untuk lembu baka jenis ini mungkin disebabkan harganya yang agak mahal, tetapi ia menjadi pilihan kepada masyarakat luar negeri ini terutamanya di Terengganu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tawang, Bachok di sini hari ini.

Ab Rahim yang telah menternak lembu sejak lebih 20 tahun lalu berkata, harga yang diletakkan dirasakan berpatutan, malah jika lembu baka ini dikorbankan pembeli akan berpuas hati kerana saiz lembu yang besar dan lebih ramai yang dapat menikmati dagingnya.

Bapa kepada enam orang anak itu berkata, kebiasaanya harga satu bahagian daging lembu tempatan yang dibuat korban hanya RM600 sehingga RM800, namun daging lembu mewah dari baka ini boleh mencecah sehingga RM3,000 untuk satu bahagian.

“Ia tidak mustahil untuk dijual, memandangkan saya telah berjaya menjual lembu baka jenis ini seberat 1,200kg pada dua tahun lalu dengan harga RM17,500 kepada seorang peniaga daging lembu di Tok Uban, Pasir Mas,” katanya.

“Daging daripada baka lembu ini menjadi pilihan kerana mempunyai rasa yang lebih lembut daripada daging lembu tempatan selain rasanya enak apabila dimasak.”

Mengenai kaedah penjagaan harian, Ab Rahim berkata dia akan memberikan kira-kira tiga kali sehari ‘Merah’ untuk makan rumput dan dedak khusus bagi baka lembu jenis ini iaitu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM350 sebulan.

Katanya, ‘Merah’ juga sudah kerap dipamerkan dalam karnival perternakan di seluruh negeri ini malah ianya turut menerima anugerah Johan Limousin (Penjantan Unggul) dalam Pertandingan Lembu Comel Terbuka Negeri Kelantan 2018.

“Bagi memastikan kesemua ternakan berada dalam keadaan baik dan sihat selain mengelakkan dijangkiti penyakit berjangkit, saya mendapatkan khidmat suntikan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar setiap enam bulan sekali,” katanya.

Selain mempunyai lembu baka Limousin, beliau turut menternak empat ekor lembu baka Charolais yang beratnya sekitar 400kg sehingga 600kg.

Tags: Charolaishari raya aidiladhaibadah korbanlembu sadoLimousin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jalur Gemilang Berwarna Hitam, Lee Kim Yew Mohon Maaf

Next Post

Hanya Bantu Siasatan, Bukan Disiasat SPRM – KSU MOTAC

Related Posts

Selangor Benar Laksana Ibadah Korban Dengan SOP Umum

20/06/2022
0

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pelaksanaan ibadah korban tahun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) umum sama ada...

Johor Benarkan Ibadah Korban

13/06/2022
0

Johor Bahru : Kerajaan negeri membenarkan aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini dilaksanakan di masjid dan...

Next Post

Hanya Bantu Siasatan, Bukan Disiasat SPRM - KSU MOTAC

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd