• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Ibu Jamaluddin Terhadap 2 Cucu Gagal Selesai

oleh
13/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes saman antara ibu kepada Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Aminah Abdullah terhadap dua cucunya berhubung dakwaan gagal memasukkan syer tiga buah syarikat lebih RM1.3 bilion dalam senarai aset harta pusaka akan dibicarakan selepas kes itu tidak dapat diselesaikan di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi. 

Ia berikutan apabila Aminah, 85, selaku plaintif menolak cadangan dua cucunya iaitu Nur Anis, 34, dan Ikwan Hafiz, 32, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua untuk menyelesaikan kes itu pada proses mediasi dalam kamar Hakim Datuk Mohd. Firuz Jaffril. 

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman, yang mewakili Aminah ketika ditemui selepas prosiding berkata pihaknya menolak permohonan kedua-dua defendan untuk penyelesaian kes kerana mendapati ia tidak munasabah. 

“Pada hari ini kedua-dua defendan ada menawarkan untuk memberi wang faraid (pembahagian harta) kepada anak guam kami namun kami menolak tawaran itu kerana mendapati ia tiada mengena dengan saman sivil mengenai saham syarikat yang dikemukakan di mahkamah ini,” katanya.

Justeru Kamar Ainiah memberitahu mahkamah menetapkan perbicaraan kes saman itu akan bermula pada hari Khamis ini.

Berhubung dengan perbicaraaan, Kamar Ainiah berkata pihaknya mempunyai seramai 12 saksi dan pada Khamis ini seramai tiga saksi akan dipanggil memberi keterangan. 

Dalam prosiding itu kedua-dua defendan diwakili peguam S.Suhendran.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Aminah yang memfailkan saman itu pada 3 Januari lalu mendakwa, ke­dua-dua defendan sebagai pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham Jamaluddin gagal memasukkan sebahagian syer tiga buah syarikat iaitu Rantai Wawasan Sdn. Bhd.; Alpine Motion Sdn. Bhd. dan Ivory Insights Wawasan Sdn. Bhd. ke dalam senarai aset dan liabiliti milik Allahyarham.

Dakwa Aminah, tindakan itu dibuat bertujuan menafikan hak dan kepentingannya selaku plaintif sebagai benefisiari (pe­nerima) terhadap harta pusaka itu.

Aminah juga mendakwa ke­dua-dua cucunya itu gagal menyatakan anggaran nilai bagi setiap satu syer tiga syarikat itu yang bernilai RM1,384,312,154 dua tahun enam bulan selepas kematian Jamaluddin dan gagal memberi maklumat berhubung harta pusaka sebelum plaintif melantik peguam syarie dan peguamcara untuk bertindak bagi pihak plaintif.

Defendan-defendan juga didakwa gagal memasukkan ke dalam senarai aset yang dimiliki Allahyarham iaitu sebuah apartmen di Beacon Street, Boston, Amerika Syarikat dengan anggaran nilai RM10 juta yang dilampirkan bersama surat pentadbiran.

Selain itu beliau mendakwa ada diminta menandatangani dua dokumen iaitu surat penolakan berkaitan permohonan defendan untuk geran surat kuasa dan ikatan perkiraan keluarga.

Menurutnya, kedua-dua defendan tahu bahawa plaintif seorang buta huruf.

Sehubungan itu Aminah menuntut kedua-dua defendan memindah milik saham tiga syarikat itu kepada pentadbir bersama harta pusaka.

Beliau juga menuntut pentadbir bersama harta pusaka meminda senarai aset di dalam geran surat kuasa dengan memasukkan saham yang dituntut serta mengakaunkan dividen, bonus, keuntungan dan isu terbitan dalam tiga syarikat kepada beliau.

Turut dituntut kedua-dua defendan menandatangani kesemua dokumen yang perlu selain kos serta relif lain yang sesuai.

Tags: aminah abdullahharta pusakaJamaluddin Jarjissaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd