• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saham Utusan Jatuh Susulan Kemungkinan Dinyah Senarai

oleh
20/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saham Utusan Melayu (Malaysia) mengalami penurunan berterusan sejak dibuka hari ini susulan makluman oleh syarikat itu kepada Bursa Malaysia semalam yang menyatakan kegagalannya untuk mengemukakan pelan regularisasinya sebagai penerbit Nota Amalan 17 (PN17).

Pada 10.40 pagi, saham syarikat merosot 31.81 peratus kepada 7.5 sen dengan 843,900 saham bertukar tangan.

Dalam maklumannya semalam, syarikat itu menyatakan bahawa selepas mengambil kira kerugian yang ditanggung dalam dua suku pertama 2019, serta kekangan aliran tunai, lembaga pengarah mendapati kumpulan itu tidak akan dapat memenuhi keperluan Bursa untuk meningkatkan status PN17.

Kumpulan juga tidak dapat mencari pelabur berpotensi untuk memulihkan kumpulan itu, terutama disebabkan oleh liabilitinya yang besar.

“Kami sedar Bursa Securities akan mengambil tindakan yang berkaitan, termasuk menggantung dagangan sekuriti tersenarai Utusan pada hari keenam pasaran selepas tarikh pemberitahuan penggantungan oleh Bursa Securities dan menyahsenaraikan syarikat itu,” katanya.

Pada 30 Jun, 2019, kerugian terkumpul Utusan berjumlah RM261.61 juta.

Akhbar Melayu tertua itu disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994.

Utusan mengalami kerugian sejak 2012, dan pada Ogos tahun lepas, mencetuskan kriteria PN17 selepas gagal membayar pembayaran prinsipal dan keuntungan kepada Bank Muamalat Malaysia Bhd. dan Maybank Islamic Bhd. berjumlah RM1.18 juta.

Tags: bursa malaysiaSahamUtusan Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

29/12/2022
0

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkata ia memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu...

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

15/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd