• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raptai Penuh Hari Kebangsaan 2019 Lancar

oleh
29/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Raptai penuh perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2019 melibatkan 17,353 peserta berjalan lancar di Dataran Putrajaya hari ini.

Berlangsung dalam cuaca cerah, setiap kontinjen termasuk daripada sektor awam, pelajar serta anggota pasukan keselamatan menampilkan elemen patriotrisme dan menolak rasuah seiring dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’.

Selain pertunjukkan aset keselamatan, raptai terakhir turut tertumpu kepada persembahan padang dan pergerakan formasi manusia membabitkan 4,300 pelajar sekolah dari Kuala Lumpur dan Selangor yang diselia Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Raptai dua jam itu turut disaksikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, timbalannya Eddin Syazlee Shith dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Suriani Ahmad.

Orang awam juga dilihat mengambil peluang menyaksikan perjalanan raptai itu.

Suriani berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan raptai penuh itu serta komitmen yang ditunjukkan para peserta.

Beliau berkata, penglibatan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar mengetuai perarakan Kontinjen Berkuda Perkhidmatan Awam merupakan sesuatu yang baharu ditampilkan pada sambutan kemerdekaan ke-62 itu.

Pelajar sekolah yang membuat persembahan grafik manusia juga berjaya melaksanakan tugas berat itu dengan cemerlang, yang memberi nilai tambah kepada keseluruhan persembahan.

“Saya amat berpuas hati dengan kelancaran raptai dan yakin persembahan akan menjadi lebih mantap pada hari sebenar sambutan,” katanya, sambil menambah sebanyak 221 aset darat serta 55 pesawat pengangkut dan pejuang turut mengambil bahagian.

Tags: bulan kemerdekaanHari KebangsaanRaptai
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Makna Sepersalinan Batik Bagi Tunku Azizah

Next Post

Artis ‘Baru Nak Up’ Ditahan Polis

Related Posts

Boleh Pilih 3 Syarikat Minyak Dalam MySubsidi Diesel – Armizan

Helikopter TLDM Jalani Tiga Kali Raptai Sebelum Insiden – Khaled

23/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang menjalani raptai...

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

19/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk...

Next Post

Artis 'Baru Nak Up' Ditahan Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd